Dangau Di Ladang Sawit Jadi Port Maksiat

sarang-maksiat.jpg

Dangau Di Ladang Sawit Jadi Port Maksiat | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Mungkin setengah orang tak faham perkataan “dangau” yang Dr Fuh maksudkan. Dangau tu kalau dalam bahasa utara ialah pondok. Tadi Dr Fuh godek-godek berita Sinar Harian terbaca satu artikel yang menyakitkan hati.

HULU TERENGGANU – Perbuatan sepasang remaja menjadikan sebuah pondok dalam kebun kelapa sawit, di sini, sebagai sarang maksiat mengundang padah apabila kegiatan tidak bermoral mereka dihidu anggota SRS Paloh Nyior, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, pasangan berusia 16 tahun terbabit dipercayai sedang melampiaskan nafsu, namun hasrat mereka terbantut apabila menyedari kehadiran anggota SRS Paloh Nyior dan polis.

Difahamkan, remaja perempuan berasal dari Kampung Telaga itu terlebih dahulu menunggang motosikal mengambil pasangannya yang tinggal di Kampung Getang sebelum kedua-dua mereka tiba di kawasan kebun kelapa sawit tersebut sekitar jam 7.30 pagi.

Setiausaha SRS Paloh Nyior, Abdul Manat Ibrahim, 63, berkata, kehadiran pasangan terbabit disedarinya setelah mendapati terdapat sebuah motosikal berhampiran pintu pagar kebun sawit itu ketika dia sedang melakukan rondaan.

“Sebagaimana kebiasaan, saya kerap lakukan rondaan sekitar kawasan kampung apatah lagi malam tadi (semalam) bertugas sebagai anggota SRS.

“Ketika melalui kebun sawit ini, saya lihat sebuah motosikal dan ia adalah motosikal sama ditemui pada minggu lepas,” katanya.

Kata Abdul Manat, dia mengesyaki sesuatu setelah mendapati pintu pagar kebun berkunci manakala pemilik kebun itu tinggal di Kemaman.

“Saya memaklumkan anggota SRS yang lain selain turut hubungi polis. Pondok terletak kira-kira 50 meter jaraknya dari pagar ini pernah jadi lokasi penagih dadah,” katanya.

Menurutnya, hasil serbuan didapati sepasang remaja dalam keadaan mencurigakan.

“Mereka akui pernah ke sini sebelum ini. Dalam pondok ini turut terdapat gebar dan bantal tidak pasti sudah ada atau dibawa mereka.

Dangau Di Ladang Sawit Jadi Port Maksiat. Perbuatan sepasang remaja menjadikan sebuah pondok dalam kebun kelapa sawit, di sini, sebagai sarang maksiat

“Pasangan ini dibawa ke Balai Polis Kuala Telemong sebelum dimaklumkan ibu bapa masing-masing,” katanya.

Difahamkan, remaja lelaki itu sudah tidak bersekolah manakala yang perempuan masih bersekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, kedua-dua remaja itu ditahan untuk jalani ujian air kencing, bagaimanapun hanya remaja lelaki didapati positif dadah serta masih ditahan.

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Dangau Di Ladang Sawit Jadi Port Maksiat”

  1. Bila dah nafsu mengatasi segalanya dalam pondok ladang kelapa sawit pun menjadi. Budak lagi kot
    lekatlekitgurl recently posted…PERBEZAAN PERANGAI NURSE HOSPITAL KULIM DAN SG BULOHMy Profile

  2. kucinghitam says:

    kalau dah sangap tu no komen la hahahaha

  3. VIMAX2U says:

    macam2 la sekarang nie pondok penagih pun jadi
    VIMAX2U recently posted…VIMAXMy Profile

  4. fendy says:

    selalu mcm ni..akan ada je kat kelapa sawit ni…haha…mana x nya..port baik la katakan…

  5. Abdul Hafiz says:

    Kenapa ladang sawit tu xada orang yang jaga?
    Abdul Hafiz recently posted…Sejarah, Maksud Ngap Sayot dan Awang MahyanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge