Daging Merah Proses Boleh Membunuh

daging merah berbahaya

Pengambilan Daging Merah Proses Setiap Hari Boleh Membunuh | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Cara pemakanan pada zaman sekarang sangat merisaukan. Dengan adanya segala jenis bahan makanan yang diproses, manusia semakin galak mengumpul pelbagai jenis bahan toksik yang sangat berbahaya untuk manusia dalam jangka masa panjang.

Teacher Muja sendiri risau dengan kenaikan berat badan. Terkejut pun ada jugak. Rasanya, bukan sebab jenis makanan, lebih kepada suka makan sesuka hati. Terlalu mengikut nafsu untuk makan. Sekali baca perihal penemuan baru oleh Amerika Syarikat, gerun pula rasa.

Sebuah penemuan baru oleh Amerika Syarikat mendapati pengambilan 75g daging merah proses boleh meningkatkan risiko kematian akibat daripada kegagalan jantung. Baru 75g! Belum lagi kira berapa banyak daging yang kita makan semasa melantak masa kenduri. Menakutkan sungguh!

daging merah berbahaya

Manusia yang suka memakan daging khinzir dan sosej berdepan dengan risiko yang lebih besar untuk meninggal dunia lebih awal. Kajian major oleh 37 ribu orang mendapati daging proses meningkatkan risiko kematian daripada kegagalan jantung dengan dramatik.

Mereka yang memakan 75g atau lebih sehari 2 kali ganda lebih berisiko untuk mati daripada kegagalan jantung daripada mereka yang memakan kurang daripada 25g sehari. Setiap 50g daging merah yang ditambah, bersamaan dengan 1 atau 2 hiris daging khinzir meningkatkan risiko kegagalan jantung sebanyak 8% dan kemungkinan mati daripada keadaan ini sebanyak 38%.

risiko daging proses

Tahun lepas, sebuah kajian melibatkan setengah juta manusia dari 10 negara Eropah menunjukkan yang diet tinggi daging proses meningkatkan risiko penyakit jantung, barah dan kematian awal. Daging proses juga berkaitan dengan peningkatan risiko barah usus.

Kajian terbaru ini adalah yang pertama membezakan antara kesan daging merah yang diproses dan tidak diproses. Kajian ini mendapati walaupun daging proses meninggalkan kesan yang besan terhadap jantung dan meningkatkan risiko kematian, ia berlainan dengan daging tidak diproses.

daging salami berbahaya untuk jantung

Penulis-penulisnya mendefinisikan daging merah sebagai daging yang diawet dengan asap, rawatan, garam, atau bahan pengawet. Sebagai contoh daging khinzir atau salami, sosej, dan hot dogs.

Ketua saintis, Dr Joana Kaluza, Jabatan Nutrisi Manusia di Universiti Warsaw berkata,”Untuk mengurangkan risiko anda mengalami kegagalan jantung dan penyakit kardiovaskular lain, kami mencadangkan untuk mengelakkan daging merah proses dalam diet anda, dan mengehadkan jumlah daging merah tidak diproses kepada 1 hingga 2 hidangan atau kurang setiap minggu.”

risiko daging proses

Sebaliknya, makanlah diet yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, produk bijian penuh, kekacang dan tingkatkan hidangan ikan.”

Penemuan ini dilaporkan di Jurnal Peredaran Persatuan Jantung Amerika-Kegagalan Jantung. Walaupun kajian ini hanya melibatkan golongan lelaki, para pengkaji mengatakan yang trend yang sama berkemungkinan untuk dilihat dalam kalangan perempuan.

Bahaya sungguh. Apabila sudah mengetahui hakikat pemakanan yang membunuh ini, diharapkan kita akan berjaya mengubah cara hidup kita. Yang paling baik adalah dengan mengikuti cara pemakanan sunnah oleh Nabi Muhammad SAW. Insya Allah, sunnah baginda adalah yang terbaik untuk umatnya.

Wassalaam

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments