‘Cloak’ – Rangkaian Sosial Terbaru Yang Anti-Sosial!

'Cloak' - Rangkaian Sosial Terbaru Yang Anti-Sosial!

‘Cloak’ – Rangkaian Sosial Terbaru Yang Anti-Sosial! | Jaringan rangkaian sosial lazimnya berfungsi untuk mengeratkan hubungan sesama rakan sosial, akan tetapi, ‘Cloak’, sebuah aplikasi yang baru dilancarkan ini berharap dapat melakukan sesuatu yang bertentangan dengan lumrah aplikasi sosial yang sedia ada – iaitu dengan menjauhkan diri penggunanya dengan orang yang tidak dikehendaki/disukai!

Cloak adalah aplikasi rangkaian sosial yang berasaskan lokasi yang bertujuan untuk membantu pengguna mengelakkan diri dari bertembung dengan seseorang yang tidak diingini seperti bekas pasangan, musuh ketata, rakan sekerja, ataupun kawan-kawan yang banyak bercakap setiap kali berjumpa. Pendek kata, Cloak merupakan sebuah rangkaian sosial yang sangat anti-sosial. 😀

Untuka makluman pengguna, Cloak itu sendiri diambil dari perkataan inggeris yang bermaksud kain atau pakaian atau kot labuh yang menutup tubuh si pemakai dan melindunginya daripada cuaca sejuk, hujan, mahupun panas. Begitu juga dengan aplikasi ini yang ‘melindungi’ penggunanya dari orang-orang yang tak disukai oleh pengguna tersebut.

'Cloak' - Rangkaian Sosial Terbaru Yang Anti-Sosial!

Aplikasi ini secara dasarnya menggunakan data yang didapati daripada akaun Foursquare dan Instagram bertujuan untuk mengenalpasti lokasi sesiapa saja orang yang tidak disukai oleh pengguna. Pengguna boleh memilih untuk menerima amaran apabila seseorang yang tidak disukai itu berada berhampiran dengan pengguna dan seterusnya memberi pengguna peluang untuk ‘melarikan diri’ dari orang tersebut 😉

Kelemahan

Masalah utama aplikasi ini adalah ia tidak semestinya berhubung dengan orang yang kita tidak suka, melalui media sosial terutamanya di Foursquare dan Instagram kerana orang tersebut tidak semestinya tersenarai dalam senarai Foursquare atau Instagram jika kita benar-benar tidak suka mereka. Akan tetapi, ia masih merupakan idea yang unik dan sememangnya sangat lain dari yang lain serta mempunyai potensi untuk terus berkembang.

Menurut pembangun aplikasi Cloak ini, penambahbaikkan aplikasi ni akan dilakukan dengan memperkenalkan ciri rangkaian sosial baru pada masa akan datang. Buat masa ini, pengguna Apple boleh memuat turun aplikasi ini di iTunes dan alami sendiri kelainannya. Oops, harap nanti pengguna android juga dapat menggunakan aplikasi Cloak ini pada masa akan datang 😉

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments