Cikgu Sangap Terlampau Rogol Pelajar Sendiri

rogol.jpg

Cikgu Rogol Pelajar Sendiri Untuk Kepuasan Nafsu Serakah | Astaghfirullahalazim. Apa nak jadi dunia sekarang. Hari-hari pasti ada berita jenayah yang sangat teruk menyedihkan seperti pembunuhan, rogol, penyamun tetak pakcik tua, ragut, pecah rumah dan banyak lagi. Tak payah tengok negara lain la, tengok Malaysia cukup. Tadi baru keluar akhbar Sinar Harian cikgu rogol anak muridnya sendiri. Apa punya manusia la. Baca berita penuh di bawah.

SABAK BERNAM – Demi nafsu buasnya, seorang guru yang diberi tanggungjawab mendidik bertindak di luar batasan apabila sanggup merogol pelajarnya sendiri selepas memaksa mangsa menonton video lucah di sebuah bilik rumahnya, di Sungai Besar, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian itu dipercayai berlaku selepas suspek berusia 34 tahun itu menghantar mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah ke sebuah klinik kesihatan.

Cikgu Rogol Pelajar

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam

Menurutnya, mangsa yang berusia 16 tahun itu menaiki kereta suspek ke klinik itu untuk menghantar sample kahak kerana dipercayai menghidap penyakit tibi.

“Suspek memberhentikan kereta di hadapan klinik kesihatan itu dan mangsa turun kereta untuk menghantar sample kahak tersebut ke makmal klinik terbabit.

“Setelah selesai menghantar sample, mangsa terus kembali ke kereta gurunya itu dan kemudian suspek sempat bertanya kepada mangsa hendak ke mana, sebelum terus memandu kereta menuju ke rumahnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, sebaik mangsa tiba di rumah, suspek terus menarik tangan mangsa menuju ke bilik belakang rumahnya sebelum memaksa mangsa yang berdiri di hujung katil berdekatan pintu duduk di atas katil.

“Suspek cuba memancing mangsa dengan memaksa mangsa menonton video lucah sebelum bertindak merogolnya. Mangsa yang berada dalam ketakutan hanya mampu berdiam diri dan merelakan perbuatan gurunya itu,” katanya.

Bagaimanapun, Noor Mushar berkata, mangsa yang kembali ke sekolah keesokannya itu mengadu perbuatan suspek kepada guru kaunseling sebelum pihak sekolah menghubungi penjaga mangsa untuk memaklumkan kejadian itu.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sementara itu, katanya, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam telah berjaya menahan guru itu di hadapan sekolahnya kira-kira jam 3.40 petang kelmarin.

“Laporan polis dibuat keluarga mangsa sehari selepas kejadian dan suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Noor Mushar berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – Sinar Harian

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

12 thoughts on “Cikgu Sangap Terlampau Rogol Pelajar Sendiri”

  1. Ni la dia disebabkan nila setitik habis rosak susuh sebelanga…. hurm…

  2. harap-harap dia dah dapat hukuman sewajarnya

  3. 061rsaT1Dj says:

    969071 887900hello, i came in to learn about this subject, thanks alot. will put this internet site into my bookmarks. 718296

  4. 953974 494614I see something actually unique in this internet web site . 71185

  5. 90420 759147really good post, i undoubtedly enjoy this site, maintain on it 209527

  6. 637162 690645The urge to gamble is so universal and its practice so pleasurable, that I assume it need to be evil. – Heywood Broun 778209

  7. 381020 263397I certainly enjoyed the method that you explore your experience and perception of the area of interest 423005

  8. 619484 215554I tried to submit a comment earlier, although it has not shown up. I will remember this. 280794

  9. 936624 616013Superb weblog here! right after reading, i decide to buy a sleeping bag ASAP 238919

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge