‘Cikgu Lembu’ Patut Dibuang Dari Perkhidmatan – KJ

'Cikgu Lembu' Patut Dibuang Dari Perkhidmatan - KJ. Kes dua orang pelajar dikenakan hukuman melampau digantung loceng pada leher dan disuruh makan rumput

‘Cikgu Lembu’ Patut Dibuang Dari Perkhidmatan – KJ | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Baru-baru ni kecoh tentang dua orang pelajar dikenakan hukuman yang melampaui batas iaitu digantung loceng pada leher dan disuruh makan rumput oleh guru mereka. Guru tersebut telah dikenakan tindakan ditukarkan perkhidmatan ke tempat lain. Atas dasar prihatin, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin meluahkan rasa tidak puas hatinya keatas hukuman yang dikenakan oleh guru tersebut.

Menteri Belia dan Sukan Yb Khairy Jamaludin dalam tweet nya yang tegas menyatakan supaya Cikgu yang meng lembukan dua pelajar sekolah baru baru ini terus dibuang dan bukan nya ditukar.

'Cikgu Lembu' Patut Dibuang Dari Perkhidmatan - KJ. Kes dua orang pelajar dikenakan hukuman melampau digantung loceng pada leher dan disuruh makan rumput

ini susulan insiden seorang guru yang memaksa dua murid makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mengambil tindakan tegas dan drastik terhadap tenaga pengajar tersebut.

Menurutnya, tindakan menukar tempat perkhidmatan guru itu tidak mencukupi sebaliknya perlu dibuang daripada perkhidmatan tersebut mengikut tatacara yang terdapat dalam suruhanjaya itu.

“Saya minta SPP mengambil tindakan tegas terhadap guru itu, bukan hanya dengan pindahkan guru tersebut, ia tak cukup, sebab ramai orang di luar sana marah dengan tindakan guru itu.

“SPP perlu menggunakan tatacara yang ada termasuk membuang guru tersebut daripada perkhidmatannya,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Minggu lalu, guru berkenaan bertindak menggantung loceng di leher Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith masing-masing 10 tahun dan memaksa mereka makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Semalam, media melaporkan guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng dekat Sungkai, Perak telah ditukar ke sekolah lain dan turut diberi surat amaran yang atas tindakan keterlaluannya. – Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments