Cicak Masih Hidup Selepas Terperangkap Selama 10 Tahun

cicak.jpg

Dalam dunia ni kadang kadang benda yang kita rasa tak mungkin berlaku tapi boleh berlaku.

Cicak Masih Hidup Selepas Terperangkap Selama 10 Tahun | Tidak dinafikan, ramai yang sangat geli dengan haiwan bernama cicak ini. Dengan saiz fizikal yang kecil, dan sering melekat di dinding, ia bebas bergerak masuk di mana-mana celahan. Pada kali ini, kami mahu berkongsi tentang seekor cicak yang dipercayai telah terperangkap lebih 10 tahun dalam sebuah dinding. Namun demikian, haiwan berkenaan masih lagi hidup biarpun kakinya melekat pada sebuah paku. Kisah ini juga dipercayai dari negara Jepun.

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya…. AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta…cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan….. Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

Terjemahan dari firman Allah “Allah tidak akan mempercepatkan sesaat mahupun melambatkan mati” Moga benda kisah ni jadi pengajaran kepada kita inshaAllah.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Cicak Masih Hidup Selepas Terperangkap Selama 10 Tahun”

  1. zoekmachine says:

    Hi there everybody, here every one is sharing such knowledge, so
    it’s fastidious to read this blog, and I used to visit this webpage daily.

    Check out my page … zoekmachine
    zoekmachine recently posted…zoekmachineMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge