CIA Membuat Patung Osama Bin Laden

patung-osama-bin-laden.jpg

CIA Membuat Patung Osama Bin Laden | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja gerun melihat dunia hari ini terutama sebagai seorang Muslim. Sudah ramai tokoh yang menjadi tempat kita bergantung harap jatuh satu persatu. Beberapa bulan lepas, tersebar berita penemuan Osama bin Laden dari tempat persembunyiannya dan beliau telah dibunuh.

Hari ini pula, Teacher Muja mendapat tahu bahawa sebuah arca seorang lelaki aksi direka sebagai prototaip dengan muka seperti dicarik-carik apabila dibakar, menyerupai tepong syaitan berwarna merah. CIA membuat patung Osama bin Laden ini dalam usaha yang kononnya memerangi keganasan.

patung osama bin laden

Gambar di atas menunjukkan betapa kuatnya usaha CIA dalam menonjolkan imej jahat dan kejam pada patung Osama bin Laden sebagai sebuah senjata propaganda dalam peperangan yang dianggap sebagai sebuah usaha murni mereka dalam menghapuskan keganasan.

Ketua-ketua penyiasat mengarahkan beberapa prototaip arca unik yang menunjukkan muka seorang lelaki aksi yang kulit mukanya terkopek dan bertukar menjadi topeng merah seperti syaitan apabila dibakar, lapor Washington Post.

patung osama bin laden

Selepas serangan 9/11, rancangan ini difikirkan untuk menakutkan para kanak-kanak di Timur Tengah dan ibu bapa mereka dengan pengaruh Osama Bin Laden.

CIA meminta ketua-ketua patung mainan untuk menghasilkan sebuah rekaan untuk projek rahsia sulit ini, yang diberi kod nama, Devil Eyes (Mata Syaitan). Pembuat patung G.I. Joe, Donald Levine, seorang bekas eksekutif di Hasbro, ditargetkan oleh ketua-ketua penyiasat untuk mereka patung tersebut.

Veteran Perang Korea itu meninggal dunia bulan lepas di usia 86 tahun selepas bergelut dengan barah dan apabila ditanya, keluarganya memberitahu media Amerika Syarikat,”Apabila dipanggil, dia berbangga dapat membantu negara kita.”

Lihatlah betapa hebat usaha musuh Islam dalam melemahkan orang Islam hari ini. Seharusnya, seluruh umat Islam sedar dengan jelas akan hal ini dan bersatu padu dalam mempertahankan kedaulatan agama Islam tercinta. Jangan biarkan lagi perbezaan ideologi, politik, dan kaum menjadi penghalang.

Wassalaam.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

2 thoughts on “CIA Membuat Patung Osama Bin Laden”

  1. kucinghitam says:

    dah tak kerja la tue

  2. Jaka says:

    Bukti2 yg mengatakan Osama ciptaan US amat sedikit. Tp bukti2 Osama dan AlQaeda memang memerangi US amat byk. Patung2 ini satu buktinya. Jadi sebenarnya Osama dn AlQaeda itu ciptaan US atau memang pejuang betul?

    Teori Hamba :

    Osama dn AlQaeda memang pejuang betul kelompok sunni. Adapun ada usaha mengaitkan mereka konon dicipta US adalah satu usaha utk melemahkan sokongan umat Islam kpd AlQaeda dn Osama. US sanggup dituduh secara olok2 menaja Osama asalkan hasilnya sokongan kpd Osama berkurangan.

    Kerana itu kita byk dgr kelompok mujahideen manapun dituduh alat US, konon US bagi senjata. Sedangkan dibentang di media musuh Islam bahawa Iran da Syiah lah musuh US. Ini bertujuan supaya umat Islam menyokong Iran dan Syiah, walhal merekalah sebenarnya talibarut kafir yg lebih jahat dr kuasa2 kafir sendiri. Mereka lebih jahat dpd Israel yg mereka dakwa musuh mereka.

    Kerana itu Hezbollat yg kononnya musuh Israel tidak pernah diburu US sepertimana Osama dan AlQaeda. Sgt byk bukti bahawa Iran Syiah Assad Maliki adalah talibarut US dan Israel.

    Semuga jelas kpd mereka yg masih menyokong Iran Syiah laknatullah itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge