Cerita Lawak Al-Kisah Hanya Bertanya Jam Pukul Berapa

naik-keretapi.jpg

Cerita Lawak Al-Kisah Hanya Bertanya Jam Pukul Berapa |  Kah kah kah! Maaf Dr Fuh tergelak dulu sebab Dr Fuh dah baca dah cerita lawak ni. Adoyai. Cer korang pulak baca. Memang ‘unexpected!

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, ” Pakcik, pukul berapa sekarang?”

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun. Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut dalam hatinya. Dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, “Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?”

Orang tua itu menoleh sambil berkata, “Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra.” Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu.Terus dia bertanya lagi, “Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?”

Orang tua itu berkata lagi, “Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun bersama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu.”

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. “Kemudian?” tanyanya lagi. “Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya,” katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, “Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang,

“Masalahnya?, SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!” – Sumber

Dr Fuh – Hahaha kan dah kena. Kepada anda diluar sana berhati-hati kalau nak tanya sesuatu, kang terkena macam ni mau tebal muka tu 10 inci.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

7 thoughts on “Cerita Lawak Al-Kisah Hanya Bertanya Jam Pukul Berapa”

  1. kucinghitam says:

    hahaha serius kelakar hahaa
    kucinghitam recently posted…CEK KE-4 DARI NUFFNANG YEAY!My Profile

  2. baby comel says:

    Hahahaha, over pulak pakcik ni. Kahkahkah
    baby comel recently posted…Love You Mr. Arrogant Episode 2My Profile

  3. World WarZ says:

    Cakap aje balik ‘saya pun tak terhinggin nak berBapa mentua dengan pakcik yang tua kerepot dan bermasalah mental pulak tu’ kehkehkeh

  4. idatimalek says:

    wah pakcik ni memilih pulakk.hahahaha
    idatimalek recently posted…Aku Menang ‘Give Fahmi Wings’ contest by RedbullMy Profile

  5. lina says:

    dh kenapa?? gila agaknya. hahaha
    lina recently posted…AlwaysMy Profile

  6. anakemak says:

    Hahahaa..terbaik la pak cik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge