Cerita Cinta Yang Paling Sedih Dan Menyayat Hati (Sediakan Baldi) :(

cerita-cinta-yang-paling-sedih.jpg

Cerita Cinta Yang Paling Sedih Dan Menyayat Hati (Sediakan Baldi) | Harini Dr Fuh nak share satu kisah cinta yang berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Tiga kali Dr Fuh baca, empat kali Dr Fuh menangis :'( Sapa rasa hati dia mudah tersentuh dan jenis tak tahan sebak baik jangan baca, kalau nak baca jugak make sure baca sorang-sorang. Kisahnya begini…

Cerita Cinta Yang Paling Sedih

Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

“Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

“Ayah, ayah, cepat la yah,” Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?”

“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

“Tak ada apa la sayang, rileks… cepat sikit kita sampai kampung nanti.”

“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

“Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

“Sudah la tu bang.”

“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa….” Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!.

cerita cinta yang paling sedih 2

**********************************************************

“Julia….bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macamana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

“Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? Don’t go breaking my heart Mom!!

“Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar……. dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! ”

Dr Fuh –  Wakakaka. Actually Dr Fuh pon terkena jugak. Jangan amek hati ye. Sekadar untuk suka-suka. Asyik post kisah serius je kan. Hehehe. Moral of the story –  Janganlah tidur selepas watu Asar. Inilah padahnya. Hahaha

Sumber asal

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

27 thoughts on “Cerita Cinta Yang Paling Sedih Dan Menyayat Hati (Sediakan Baldi) :(”

  1. lol siot jer… ekekekekek >..<

    1. kucinghitam says:

      kan mcam siot ja hahaha
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

    2. kalau x silap saya, kisah nie adaptasi dari kisah ujang kan?? tapi yg saya penah baca tu, lelaki tu yg tdo lepas asar.. tapi xpe la, ok jg idea penulis nie kenakan pompuan plak.. hehe
      Aniqbukhary32 recently posted…Koleksi perbualan suami isteri yang kelakar (part 2)My Profile

  2. tipah tertipu rupa rupanya 😛

    1. Ummar Farouk says:

      Seriously, hampir2 aku tertipu… Mujur aku ade terbace perenggan terakhir dulu… Haha…
      Ummar Farouk recently posted…Iktibar Daripada Tongkat Imam Syafi’iMy Profile

      1. kucinghitam says:

        tu la baca dlu baru terjah
        kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

    2. kucinghitam says:

      berapa lama lagi tipah nak tertipu huhu
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  3. Ummar Farouk says:

    Kahkahkah… Kesian dgn Julia… Mimpi di waktu senja rupanya…
    Ummar Farouk recently posted…Pesanan Dua Ustaz Ini Lebih Arif dan Berpengalaman Berhubung Dengan Isu Di Syria dan Fitnah SyiahMy Profile

    1. kucinghitam says:

      xbaik tidur petang2

  4. wa pun tertipu gak ummar ekekekek >..<

  5. nabila biela says:

    tdow lepas asar mmg xelokk…satu lg bahaya jugak
    nabila biela recently posted…5 Penemuan Aneh Yang Menggemparkan DuniaMy Profile

  6. gadis kedah says:

    hehhe..terkena sudah!

  7. Nur Balqis muzaffar shah says:

    cabok bapok aq yang nak felling sedih ni kena tipu ish2 sabo je la

  8. zhrI says:

    Dengan rase bangganya aku dah kene tipu..adoooiiii..sabor je la yop…

  9. Aduiya….. wakakaka.. semangat baca sampai habis…rupa²nya…
    Darling Ninie recently posted…Lapik Biru. Mana Nak Beli? Untuk Lift Up Kereta Anda….My Profile

  10. PakNdak Mie says:

    Cis!!!..He..he. Terkena la saya!

  11. vcore says:

    lol……

  12. CK says:

    haaaaa,,,mcm tu laaa..baru kali ni tak nangis baca citer ni…

  13. saridah says:

    hahaha..ingtkan novel..
    saridah recently posted…Dah nak balek Brighton…My Profile

  14. Huhuhu baru feeling nak baca :P! Buat rugi masa aku je! aku je 🙂 huhuhuhuhuhu

  15. JOBS VIEW says:

    Den pun terkena..hahaha..punya la syok baca..selamat hari raya aidiladha..hati2 memandu..
    JOBS VIEW recently posted…Jawatan Kosong di Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang [UPDATE 10OCT2013]My Profile

  16. katanajeeb says:

    hey……ni mcm ada versi laki punya kan?? LOLOLOL…
    katanajeeb recently posted…Berkorban di AidilAdhaMy Profile

  17. Laa.. dah sediakan baldi dah… Wkakaka . Hilang stres
    Aniqbukhary32 recently posted…Koleksi perbualan suami isteri yang kelakar (part 2)My Profile

  18. ape lh punya budak ptg2 nk tdow xbaek tdow ptg

  19. Atiqa Anuar says:

    Dah agak dah. nasib baik malas baca tadi skip baca cerita akhir….
    tak terbuang masa~ hihi
    Atiqa Anuar recently posted…Entry khas untuk para lelaki kuat demand dan para wanita kuat berleterMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge