Cara Untuk Fokus Dan Khyusuk Dalam Solat

Cara Untuk Fokus Dan Khyusuk Dalam Solat. Terkadang kita tidak memahami apa yang kit abaca dalam solat kerana kurangnya focus dalam bacaan

Cara Untuk Fokus Dan Khyusuk Dalam Solat | Kenapalah susah sangat kita nak fokus & beri perhatian dalam solat? Tiap kali nak solat confirm hati susah nak fokus, kadang-kadang fikiran kita sering kali melayang memikirkan hal-hal seharian yang sudah atau akan kita lakukan seterusnya sampai kita sudah terlupa berapa jumlah rakaat yang telah dikerjakan.Jom baca cara macam mana nak fokus dan khyusuk dalam solat :

Cara Untuk Fokus Dan Khyusuk Dalam Solat

Terkadang kita tidak memahami apa yang kit abaca dalam solat kerana kurangnya focus dalam bacaan kerna hati tidak hadir dalam khyusuknya solat dan fikiran melayang entah kemana.

Macam tulah kita manusia, sesetengah dari kita ni jasad dan lidah yang melakukan solat tetapi hati tidak hadir bersama dalam solat. Ini namanya lalai. Sepertimana dalam firman Allah: “Maka celakalah orang yang solat iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya”- Surah Al-Ma’un: 4-5

Oleh itu supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang lalai dalam solat, kita terlebih dahulu kena have a check-up on our heart, sejauh mana hati tu hadir dalam solat.

Pemahaman Khyusuk

Khyusuk adalah spertimana mana kata Saidina Umar r.a terangkan: “Khyusuk itu bukan menundukkan kepala, tetapi khyusuk itu dalam hati” dan menurut Imam Ghazali pula: “khuysuk kehadiran hati, kosentrasi, rasa tunduk, pasrah dan kehormatan yang tinggi kepada Allah”. Oleh itu Khyusuk itu adalah cirri utama dalam konsentrasi solat, termasuklah konsentrasi dalam bacaan solat dan perbuatan dalam solat.

Fungsi dan kebaikan khyusuk dalam solat

Fungsi utama khyusuk itu adalah pembersihan hati dan akal kerana dengan hadirnya khyusuk maka akan lebih dekatlah kita kepada Allah di dalam solat. Kita akan merasa lebih mudah untuk ‘berbicara’ dengan Allah sebab hati lebih dekat dan bersih ketika dalam solat.

Kebaikan khusyuk itu adalah membersihkan hati, bererti membersihkan hati dari sifat-sifat tercela terutama ria’ dan takabbur serta lalai dan munafik. Khyusuk boleh dikatakan sebagai elemen utama dalam solat yang mampu mencegah penyakit-penyakit hati tersebut diatas.

Menurut ustaz Dr. Farhan Hadi, Khyusuk juga dapat melatih diri sabar kerana menurut beliau dengan member konsentrasi dalam tempoh yang lama juga dapat melatih manusia untuk menjadi lebih sabar dalam menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam kehidupan sehari-hari.

Panduan menghilangkan halangan yang dapat menggangu kekhusuyukan solat menurut Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni:

  • Menghilangkan sesuatu yang dapat menganggu orang solat- seperti pemasangan tirai solat atau sejadah yang bergambar yang boleh menggangu konsentrasi solat
  • Tidak solat memakai pakaian yang berhias, mempunyai tulisan, bergambar,warna-warni yang boleh menganggu orang lain dan diri kita
  • Jangan solat sementara hidangan telah tersedia. Kita tidak akan solat dengan khusyuk kerana hati kita akan teringat pada makanan itu
  • Jangan menahan kencing atau buang hajat ketika solat kerana menurut sabda Rasulullah: “Tidak boleh solat sedangkan makanan telah tersedia di hadapannya dan tidak boleh juga solat padahal ia menahan kencing atau buang hajat”
  • Jangan solat dalam keadaan mengantuk. Sabda Rasulullah s.a.w: “Bilamana salah seorang di antara kamu yang mengantuk, tidurlah sehingga hilang mengantuk baru solat”
  • Tidak solat dibelakang orang sedang berbicara atau tidur. Hal ini jelas dapat menganggu khyusuk, apalagi jika ucapan dilakukan dengan suara yang keras
  • Tidak menyibukkan diri dengan membersihkan (kotoran, pasir) yang terdapat pada tempat sujud ketika solat. Hendaklah hal ini dilakukan sebelum solat
  • Jangan mengingat sesuatu yang menimbulkan atau membangkitkan nasfsu syahwat atau kemarahan.

Itulah diantarpanduan untuk mendapatkan khyusuk solat yang digaris-pandukan oleh Dr. Al-Qarni yang sedikit sebanyak boleh di aplikasikan dalam memperbaiki tahap kekhyusukan kiat dalam bersolat.

Insha Allah moga kita juga tergolong dalam orang-orang yang memperolehi khyusuk yang hakiki yang mendekatkan hati kita kepada Allah ketika dalam solat dan memperolehi ganjaran khyusuk itu sepertimana yang Allah katakan: “Sesungguhnya orang yang beriman, iaitu orang yang khyusuk dalam solatnya, mereka itulah yang akan mewarisi syurga Firdaus dan mereka kekal di dalamnya”- Al-Mukminun: 1-3.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments