Cara Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Akad Nikah

solat-sunat-sebelum-dan-selepas-nikah.jpg

Cara Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Akad Nikah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Pernikahan merupakan sesuatu perkara yang sangat indah yang amat dituntut oleh Allah S.W.T.  Selalu kalau kita tengok orang yang akan akad nikah mesti dia solat dulu dan lepas nikah pon dia akan solat lagi. Tapi pernah kita ambil tahu cara bagaimana solat sunat sebelum dan selepas akad nikah tu? Jangan main bedal je, orang lain buat kita akad nikah nanti pon buat jugak, tapi apa yang disunatkan kita tak tahu. Dah jadi sia-sia. So, jom kita baca artikel yang bermanfaat ini. In Shaa Allah.

Setiap bangsa atau kaum di muka bumi ini mempunyai amalan tertentu yang diwarisi secara turun-termurun dari nenek moyang mereka. Bangsa melayu tidak terkecuali dari kenyataan ini mengenai adat. Dalam soal nikah kahwin, bangsa melayu mempunyai satu adat yang khusus.

Sekiranya adat kebiasaan itu agak berlawanan dengan syarak, maka sebaiknya adat itu diketepikan. Lebih-lebih lagi apabila adat itu secara terang-terang melanggar hukum syarak. Oleh kerana kebanyakkan orang melayu di negara ini beragama islam, maka perkara ini perlu diambil perhatian utama.

Kebiasaannya, setelah selesai upacara akad nikah, pengantin lelaki dibawa bertemu perempuan yang yang telah sah menjadi isterinya untuk “upacara membatalkan air sembahyang.”

Syaitan sentiasa berusaha menghalang orang-orang mukmin menjalin hubungan lelaki dan perempuan secara sah. Apabila halangan syaitan itu berjaya ditempuhi maka sepatutnya kita melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah swt yang telah memberikan pimpinan dan pertolongan dalam melayari bahtera perkahwinan. Tiada cara terbaik bagi pasangan yang baru melepasi halangan syaitan itu selain menunaikan solat sunat 2 rakaat. Inilah sepatutnya yang menjadi adat istiadat kita setelah selesai upacara akad nikah.

Bunyi upacara membatal air sembahyang itu sendiri sudah mempunyai tanggapan atau nilai yang tidak baik. Maka baiklah solat sunat nikah ini mengambil alih tempat adat yang tidak elok itu.

Cara Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Akad Nikah

Solat Sunat Sebelum Nikah

Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat. Cara untuk mengerjakannya ialah:

berniat dengan lafaz niatnya:
“Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala. AllahuAkbar”
Sahaja aku solat sunat sebelum nikah dua rakaat kerana Allah Taala

rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun

rakaat kedua:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

Solat Sunat Selepas Nikah

Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat, dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

berniat dengan lafaz niatnya:
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun

Rakaat kedua
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

membaca doa berikut selepas salam:

Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu:

“YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.

Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.

Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Antara Perkara Sunat Selepas Nikah adalah: – Meletakkan tapak tangan atas kepala isteri dan berdoa.

Wallahualam

Sumber – mselim3 dan wikipedia

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

2 thoughts on “Cara Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Akad Nikah”

  1. mselim3 says:

    Assalammualaikum…fuh,

    terima kasih bebanyak fuh sudi kasik link kat mselim3…

    mselim3

    pls: nice to meet u… salam ukhuwah. salam persahabatan.
    mselim3 recently posted…Hukum Orang Muslim Masuk Gereja?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge