Cara Semakan Online Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan PTK

Cara Semakan Online Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan PTK. Bagaimana cara semakan oline keputusan Penilaian Tahap Kecekapan atau dikenali sebagai PTK.

Cara Semakan Online Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan PTK | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Hari yang mulia ni, Dr Fuh nak kongsikan dengan para pembaca bagaimana cara semakan online keputusan Penilaian Tahap Kecekapan. Atau lebih dikenali sebagai PTK.

Semakan boleh dibuat melalui laman web rasmi JPA – KEPUTUSAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

Caranya mudah sahaja, cuma masukkan no. kad pengenalan dan tekan hantar. Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) akan keluar di paparan skrin pembaca.

PERHATIAN :

Semakan keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) melalui portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hanyalah untuk keputusan PTK bagi pegawai perkhidmatan Gunasama di bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) iaitu klasifikasi perkhidmatan M, N, F, J, W dan S sahaja.

Bagi pegawai lain yang bukan perkhidmatan Gunasama di bawah KPPA semakan keputusan PTK boleh dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Dr Fuh – Semoga artikel ini membantu anda! Dan semoga berjaya kepada semua calon PTK!

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments