Cara Semak Dan Dapatkan Laporan Kredit CCRIS

ccris-semak-laporan-kredit.jpg

Cara Semak Dan Dapatkan Laporan Kredit CCRIS | Nampaknya para peminjam PTPTN dah mula resah sejak diberitakan Peminjam PTPTN akan disenaraikan dalam CCRIS bermula bulan ini. Baca apa itu CCRIS. Yang pastinya CCRIS ni bukan untuk peminjam PTPTN sahaja. CCRIS ni adalah sistem untuk semua peminjam dengan kadar tertentu melalui Institusi Kewangan berdaftar dibawah Bank Negara Malaysia. Nak tau lebih lanjut tekan lah pada pautan yang Dr Fuh sediakan diatas tu.

So kali ni Dr Fuh nak kongsikan bagaimana cara semak dan dapatkan laporan kredit CCRIS. Mudah sahaja caranya, tapi semakan tidak boleh dibuat secara online melalui PC kita sendiri. Jom baca cara-cara dan step-step untuk membuat semakan ini.

Sebelum tu kena tahu kenapa perlu semak CCRIS ni?

  1. Ramai yang semak CCRIS adalah untuk buat loan. Pastikan rekod kita baik dalam CCRIS dan ianya membantu kita mudah lulus dapat pinjaman. Kalau rekod kita buruk, iaitu banyak bulan tertunggak kredit setiap bulan, maka semakin susah lah nak buat loan. Ada sesetengah bank akan reject permohonan anda awal-awal lagi.
  2. Sebagai rekod peribadi kita dan ingin mengetahui berapa banyak sebenarnya jumlah kredit anda, berapa baki keseluruhan hutang, dan juga rekod bulanan adakah mungkin kita pernah tertunggak? Harus diingat, jika kita ada loan kereta sebanyak RM453, dan kita hanya bank in RM450 sahaja di cash deposit machine, maka pada bulan berikutnya secara automatik laporan kredit CCRIS akan memaparkan kita ada tertunggak 1 bulan. Jika tiap2 bulan kita byr loan kereta RM450 juga, tiap-tiap bulanlah kita tertunggak 1 bulan. Walaupun hanya tertunggak 1 bulan, ianya sudah merosakkan laporan CCRIS anda!
  3. Dan yang paling penting adalah apabila kita menjadi penjamin kepada peminjam. Walaupun kita hanya penjamin sahaja, laporan kredit bulanan juga dicatatkan dalam kredit CCRIS. Jika orang yang anda jamin itu tidak bayar loan dengan tepat masanya, ianya sudah merosakkan imej CCRIS anda! Memang agak berisiko dan bahaya jadi penjamin ni. Hati-hatilah ya.. Jadilah penjamin kepada orang yang anda benar-benar percaya.

Ok dah tau kenapa kena semak laporan kredit CCRIS kan? So sekarang kita proceed macam mana Cara Semak Dan Dapatkan Laporan Kredit CCRIS pulak.

Cara Semak Dan Dapatkan Laporan Kredit CCRIS

Ketahui Apa Itu CCRIS. Central Credit Reference Information System atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. Pinjaman PTPTN. CTOS. Senarai Hitam

Actually ada 2 cara untuk membuat semakan laporan kredit CCRIS ni, pertama:

1) Anda boleh terus ke Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di alamat berikut:

BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur

BNMLINK beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum, 9.00 pagi – 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari).

2) Dekat tingkat bawah blok D (rujuk kaunter pertanyaan). Telah ada disediakan 3 buah kiosk untuk semakan CCRIS

3) Pegi salah satu kiosk (layan diri) yang terdapat machine untuk semakan CCRIS tu then masukkan nombor kad pengenalan (I/C) anda pada alat pengimbas kemudian Verify Ibu Jari dan lepas tu pada kiosk tersebut akan terpampang perkataan ‘CETAK’

4) Klik pada ‘CETAK’, terus keluar rekod hutang anda. Sampul surat turut disediakan untuk memasukkan rekod CCRIS anda yg bersaiz kertas A4 itu

5) Siap!!

Laporan CCRIS anda akan terus dicetak dan anda boleh lah lihat berapa banyak kosong “0″ yang anda ada.. Jika semua kosong, saya ucapkan TAHNIAH! Jika ada banyak nombor “1″, rekod dah tercalar sikit. Tapi kalau ada nombor “2″ dan “3″ atau lebih dari tu, memang jadi rekod buruk.

dan cara yang kedua:

Bagi anda yang jauh dari lembah klang pula, boleh lah download borang secara online dan lengkapkan serta serahkan bersama dokumen yang dikehendaki samada melalui cara email, fax atau pos. Atau, untuk maklumat lengkap sila rujuk ke laman web BNM ini.

Tapi tu lah, kalau nak senang darang sendiri ke BNM untuk membuat semakan melalui Kiosk di BNMLINK di Bank Negara Kuala Lumpur.

Sumber: diulas dan diubahsuai dari MatJoe.com, Nasoha.com

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

8 thoughts on “Cara Semak Dan Dapatkan Laporan Kredit CCRIS”

  1. anuar says:

    Lepas ni tentu ramai yg berminat nak buat semakan CCRIS…
    anuar recently posted…Adakah IC/Kad Pengenalan anda sudah diaktifkan menjadi Kad Diskaun?My Profile

  2. cik amal says:

    okay fine… kena start bayar

  3. TERIMA KASIH PENGUNDI BARISAN NASIONAL!
    Carlos Santiago recently posted…BAN Piala Malaysia – Jaringan PKNS, Kelantan, Pahang, Kedah, LionsMy Profile

  4. Yana Sakura says:

    Okay..bole wat semakan nie 🙂 terima kasih Dr Fuh atas info ini =)
    Yana Sakura recently posted…Wordless Wednesday – Uniknya Diri Anda!My Profile

  5. Mieza Jhaa K says:

    Fuhh!! patut la orang bank call kata 3 bulan tertunggak..padahal tiap2 bulan bayar kereta.
    Mieza Jhaa K recently posted…Segmen Gempak Mieza Jhaa K.My Profile

  6. baru tahu maklumat ni, terima kasih, nanti boleh ler semak…=)

    1. Sabtu says:

      cam ne ye nk chek CCRIS/CTOS ni melalui online?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge