Cara Mengatasi Sembelit Bayi

bayi-sembelit.jpg

Cara Mengatasi Sembelit Bayi | Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Harini Dr Fuh nak share sikit cara-cara atau petua untuk mengatasi / merawat bayi sembelit. Actually Dr Fuh bukan ariff sangat pon hal-hal berkaitan bayi ni. Tapi cuma sekadar nak berkongsi. Jom kita baca betul-betul.

Punca Bayi Sembelit

Memberi susu tepung lembu sepenuhnya ( full cream formula ) terlalu awal umpamanya di waktu usia bayi empat bulan boleh menyebabkan sembelit . Bayi yang menerima susu badan atau formula bayi boleh ditambah dengan bahan makanan seperti prun , nanas , apricot , anggur yang dilecek -lecek dan juga sayur -sayuran yang berfibre seperti sayur salad.

Cara Mengatasi Sembelit Bayi

Cara Mengatasi Sembelit Bayi, Petua merawat bayi sembelit, punca bayi sembelit, kaedah merawat dan mengatasi bayi sembelit, petua tradisional bayi sembelit

Anda boleh mengambil beberapa langkah yang mudah untuk melegakan bayi anda dan mencegah sembelit daripada berulang seperti mengalakkan bayi lebih bergerak, misalnya anda boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit, perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit selain tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, anda boleh memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu.

Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.

Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka anda mesti meminta nasihat doktor atau profesional perubatan.

Jangan cuba selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor. Susu yang paling baik bagi mengurangkan sembelit adalah susu ibu. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.

Kesimpulan

Sembelit dikalangan bayi-bayi perlulah dicegah dan apabila berlaku mestilah dirawat dengan agresif supaya keadaan ini tidak akan berterusan.Seperti telah dijelaskan sembelit dikalangan bayi boleh menyebabkan bukan sahaja luka atau pendarahan dibahagian anus tetapi boleh membawa akibat-akibat lain seperti kesan-kesan emosi disebabkan oleh air-air najis dipunggung dan diseluar yang sangat berbau hingga menghidarkan pergaulan diantara kanak-kanak yang terlibat itu dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Sesuatu keadaan organik yang wujud perlu diketepikan dengan pemeriksaan dan ujian-ujian tertentu. Tanpa penyakit-penyakit itu perlulah ibu-ibu menentukan yang bayi-bayi mereka tidak diberikan bahan-bahan makanan yang boleh menyebabkan bayi mereka sembelit atau memburukkan keadaan sembelit jika sudah wujud.

Sumber – Pelbagai

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “Cara Mengatasi Sembelit Bayi”

  1. thanks for info ni dr.Fuh
    kisah Si Dairy recently posted…RAHSIA KHASIAT BUAH TEMBIKAIMy Profile

  2. nego says:

    ok baru tau ape itu sembelit fuhh
    nego recently posted…#>>Tutorial membeli ProdukMy Profile

  3. vcore says:

    tq for sharing.info yg amat berguna
    vcore recently posted…Majlis Malam Berinai Fouziah Gous Dan Md ZhafranMy Profile

  4. wan says:

    info yang sangat berguna..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge