Cara Hilangkan Mengantuk Dalam Kelas Mahupun Pejabat

mengantuk.jpg

Cara Hilangkan Mengantuk Dalam Kelas Mahupun Pejabat | Apakah cara yang paling berkesan untuk mengelakkan rasa mengantuk di dalam kelas, bilik darjah, dewan kuliah atau di pejabat. Berikut adalah antara petua-petua dan tips-tips untuk mengelakkan rasa mengantuk yang melanda. Semoga tips-tips ini dapat membantu kita dalam kehidupan seharian kita.

Cara Hilangkan Mengantuk Di Pejabat

Apabila kita bekerja tidak kira di mana mahupun di pejabat, rasa mengantuk boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyangan dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu dielakkan dan bagi mengatasi masalah ini. terdapat beberapa tip yang boleh kita lakukan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.

1. Hampiri kawasan bercahaya.

Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar seketika.

2. Basuh Muka

Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

3. Wangian aromaterapi

Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian arimaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.

4. Dengar Muzik

Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

5. Senaman ringan

Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangin dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula

6. Pandang pepohon hijau

Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

Cara Hilangkan Mengantuk Dalam Kelas

1. Tidur awal pada malam hari.

Lazim bagi seseorang pelajar asrama adalah tidur lewat kononnya untuk mengulangkaji pelajaran. Tindakan ini adalah kurang bijak kerana ia boleh mengakibatkan rasa mengantuk pada keesokan paginya. Seseorang pelajar sekolah menengah tidak perlu waktu yang begitu panjang setiap hari semata-mata untuk mengulangkaji pelajaran sebagaimana yang dilakukan oleh pelajar-pelajar universiti. Memadai hanya 2 jam setiap hari tetapi ia hendaklah dirancang dan diatur dengan teliti dan rapi agar seimbang bagi semua mata pelajaran. Pepatah arab menyatakan “قليل قر خير من كثير فر” yang bermaksud sedikit yang konsisten lebih baik dari banyak tapi kadang-kadang.

2. Lakukan ‘preview’ untuk setiap mata pelajaran yang akan dipelajari keesokan harinya.

Baca sepintas lalu dan catatkan persoalan-persoalan yang timbul. Pastikan keesokan hari kita akan memperolehi jawapan bagi setiap persoalan tersebut melalui penjelasan dari guru. Sekiranya tidak, pastikan kita bertanya kepada guru. Melalui cara ini minda kita akan sentiasa peka dengan apa yang disampaikan oleh guru demi untuk memastikan kita dapat menjawab persoalan yang kita timbulkan pada malam harinya. Antara punca kita mengantuk ialah kerana minda kita tidak aktif semasa guru mengajar, mudah mengelamun, berfikir tentang perkara-perkara remeh yang tiada kaitan dengan pelajaran dan akhirnya kita akan rasa mengantuk.

3. Lakukan pergerakan tangan dan mata semasa guru sedang mengajar.

Ambil kertas kosong dan cuba catat atau lakarkan poin yang disampaikan oleh guru. Mata hendaklah sentiasa galak memerhatikan pergerakan guru. Bekas guru ilmu mantiq saya dahulu pernah memberitahu bahawa dia tahu sama ada seseorang pelajar itu sedang mengikuti pelajaran atau sedang mengelamun, iaitu melalui matanya. Jika bebola mata seseorang pelajar itu kurang bergerak atau hanya memandang ke satu arah sahaja ia bermakna pelajar tersebut sedang mengelamun dan pelajar yang mengelamun pasti akan mengantuk tidak lama selepas itu.

4. Bawa bekal air kosong.

Para pakar mengakui bahawa otak memerlukan bekalan oksigen yang cukup untuk merangsangnya berfikir. Kekurangan oksigen akan menyebabkan sel-sel otak menjadi lemah lantas akan menumpulkan kebolehan berfikir. Satu cara mudah untuk memberikan bekalan oksigen yang mencukupi kepada otak ialah dengan minum air kosong. Kalau boleh air tersebut hendaklah air yang telah ditapis dari sebarang kekotoran. Pelajar-pelajar cina telah lama mengamalkan minum air kosong yang banyak dan ternyata prestasi pelajar-pelajar cina lebih membanggakan.

5. Persekitaran yang kondusif.

Sesebuah kelas hendaklah disusun dengan teratur dan dijaga kebersihannya agar selesa menghadapi sesi P&P. Kelas yang kotor dan tidak teratur akan menimbulkan perasaan tertekan dan bosan. Hiasan dan susun atur kelas juga hendaklah ditukar secara berkala, contohnya 3 bulan sekali. Carta-carta atau gambar-gambar hiasan hendaklah ditukar dengan gambar lain atau diubah kedudukannya. Semuanya dilakukan semata-mata untuk mengelakkan rasa bosan yang mana pada akhirnya akan menyebabkan masalah mengantuk di dalam kelas.

6. Sentiasa melakukan senaman pada petang hari.

Waktu selepas Asar bukanlah waktu yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran. Waktu ini sesuai untuk beriadah. Gunakanlah ia sebaik mungkin untuk beriadah agar jasmani kita sentiasa cergas dan tidak lesu. Malas beriadah boleh menyebabkan peningkatan berat badan, berat badan yang semakin bertambah pula akan menyebabkan kelesuan.

7. Amalkan pemakanan yang sihat.

Diet bagi seseorang pelajar adalah amat penting terutamanya diet yang boleh merangsang aktiviti otak. Antara makanan yang bagus untuk otak ialah madu asli, kekacang, ikan segar, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan dari memakan makanan-makanan segera (junk food) seperti mee segera yang lazimnya amat digemari oleh pelajar-pelajar sekolah. Menurut amalan alim ulama terdahulu mereka akan cuba mengelakkan diri dari memakan kepala ikan dan asam kerana ia boleh melemahkan otak.

p/s – Artikel ini agak bosan tapi sangat bermanfaat

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Cara Hilangkan Mengantuk Dalam Kelas Mahupun Pejabat”

  1. Kalau saya, minum nescafe tin nak elak ngantok. lepas tu cnfm segar.. 🙂
    Aniqbukhary32 recently posted…Apa yang hebat sangat dengan budak Badhri Radzi tu?My Profile

  2. kucinghitam says:

    nie kalo mai mengantuk sesangat buat pi la apaun tetap pengsan gak haha

  3. Faris Aiman says:

    aq slalu ngantok dalam kelas , ape lagi keluar kelas , beli nescafe terus ilang ngantok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge