Buku Mengenai MH370 Telah Diterbitkan Di London

Buku Mengenai MH370 Telah Diterbitkan Di London

Buku Mengenai MH370 Telah Diterbitkan Di London | Pencarian pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 merupakan pencarian yang terpanjang dan termahal yang pernah diljalankan, namun dakwaan telah timbul yang mengatakan bahawa pesawat tersebut dapat dikesan jika perisian pengesanannya dinaik taraf, yang mana hanya berharga £6 ($10) bagi setiap penerbangan.

Menurut sebuah buku yang berjudul Flight MH370: The Mystery, pesawat Boeing 777-200ER tersebut memiliki sebuah ‘pekej data’ yang hanya menghantar maklumat penerbangan yang asas sahaja, jadi pihak berkuasa tidak dapat memasukkan GPS ke dalamnya. Dengan hanya enam pound, bagaimanapun, pekej ini mungkin boleh ditambah baik, menurut buku tersebut, menghasilkan lebih banyak maklumat yang terperinci mengenai pergerakan pesawat tersebut.

Buku tersebut, yang ditulis oleh Nigel Cawthorne, berkata: “Berbanding dengan syarikat penerbangan lain, Malaysia Airlines memilih untuk pekej data yang murah untuk pesawat penerbangannya yang hanya menghantar maklumat yang sangat sedikit berbanding membayar sedikit yuran tambahan untuk penghantaran data penerbangan yang lebih terperinci.”

Terbitan baru itu, yang mengandungi segala teori mengenai apa yang terjadi terhadap pesawat tersebut, memberi paparan mengenai sistem pengesanan yang diperolehi daripada the Daily Telegraph. “Dengan US$10, anda boleh memberitahu ke mana pesawat itu akan pergi dalam masa satu jam setengah masa penerbangan,” kata sumber kepada akhbar tersebut.

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, dalam pada itu, telah bersuara mengenai pengesanan masa nyata dan peningkatan terhadap sistem komunikasi mereka bagi menghalang tragedi MH370 berulang kembali. Dalam satu laporan ringkas yang diterbitkan di dalam the Wall Street Journal, Najib telah menyuarakan satu perubahan yang akan ‘membuatkan pesawat menjadi semakin sukar untuk hilang begitu sahaja, dan lebih mudah untuk mencari pesawat yang hilang’.

“Salah satu perkara yang paling menghairankan mengenai tragedi ini adalah pendedahan mengenai pesawat sebesar Boeing 777 boleh hilang begitu sahaja, hampir tidak meninggalkan kesan. Dalam zaman telefon pintar dan internet bergerak, pengesanan secara masa nyata untuk peswat komersial sudah lama berlalu,” katanya.

Buku Mengenai MH370 Telah Diterbitkan Di London

Pesawat penerbangan Malaysia Airlines membawa seramai 239 orang penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac apabila ia tiba-tiba hilang. Pencarian difokuskan di Lautan Hindi, barat Perth, Australia, tetapi ia masih belum ditemui. Inmarsat Plc, sebuah pembekal satelit mobil antarabangsa, berkata mereka akan menawarkan perkhidmatan pengesanan asas secara percuma untuk pesawat-pesawat yang terbang merentasi lautan. Perkhidmatan ini akan disediakan untuk kebanyakan pesawat komersial di dunia.

Pesawat Malaysia itu menghantar satu isyarat kepada satelit Inmarsat, tetapi bukan data lokasi. Jurutera telah mengendalikan analisis terhadap isyarat-isyarat tersebut bagi mengetahui laluan penerbangan pesawat, akan tetapi usaha tersebut memerlukan masa yang panjang.

Najib juga turut menggesa industri penerbangan supaya menimbangkan untuk menukar sistem komunikasi pesawat supaya ia tidak dapat diputuskan ketika dalam penerbangan. Kerajaan telah diberitahu bahawa seseorang telah memutuskan sistem komunikasi pesawat dengan pusat kawalan dan dengan sengaja mengalihkan laluan MH370. Beliau berkata kapasiti perakam data kokpit, salah satu daripada dua kotak hitam pesawat, sepatutnya dipanjangkan daripada hanya 2 jam untuk merekodkan seluruh penerabangan, manakala isyarat lokasinya seharusnya dibuat supaya bertahan sekurang-kurangnya 90 hari berbanding 30 hari sekarang ini.

“Industri penerbangan antarabangsa harus tidak hanya belajar dari MH370 tetapi juga perlu melaksanakannya,” tambah beliau lagi. Najib meyakinkan keluarga penumpang pesawat tersebut bahawa Malaysia akan ‘tetap mencari pesawat tersebut selama mana masa yang perlu diambil’. Australia telah mengetuai pencarian, yang mana telah bergerak ke fasa ke dua dimana operator bawah air komersial akan diberi kontrak bagi mencari ke dasar lautan yang luas bersama alatan pengesan dalam air yang menggunakan gelombang bunyi, mencari bangkai pesawat untuk setahun berikutnya.

Sebuah kapal Australia telah kembali ke kawasan dimana bunyian bawah air konsisten dengan bunyi kotak hitam yang didengari pada April lalu, menurut pusat koordinasi mencari. Kapal tersebut telah pulang ke pengkalan buat sementara bagi memenuhi semula bekalan. Kapal yang dikenali sebagai The Ocean Shield tersebut bertanggungjawab membawa kapal selam robot, Bluefin 21, bagi meneliti dasar lautan.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments