Bukti Yang Menggemparkan Ekoran Tragedi Feri Karam Di Korea

Bukti Yang Menggemparkan Ekoran Tragedi Feri Karam Di Korea

Bukti Yang Menggemparkan Ekoran Tragedi Feri Karam Di Korea | Feri malang, Sewol telah melebihi had muatan kargonya sebanyak 246 trip — dalam masa 13 bulan sebelum ia karam, menurut dokumen yang mendedahkan kegagalan feri tersebut yang agak kerap membenarkan penumpang seramai ratusan orang menaiki kapal yang tidak selamat. Dan ia mungkin membawa lebih muatan daripada sebelum ini dalam perjalanan terkahirnya itu.

Sebuah entiti swasta dari industri yang berkaitan telah merekodkan berat feri tersebut. Entiti yang lain pula menetapkan had beratnya. Kedua-dua entiti langsung tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh pihak satu sama lain. Dan dua bahagian daripada sistem maritim ini telah mengalami kegagalan apabila feri tersebut karam, menjadikan lebih dari 300 orang hilang atau terkorban. Secara keseluruhannya, penyiasat dari negara itu mempunyai bukti yang lebih dari mencukupi untuk menyimpulkan bahawa Sewol seringkali melebihi had muatan. Mereka juga tidak berkongsi data dan tidak diarahkan berbuat begitu.

Pendaftar Perkapalan Korea telah memeriksa Sewol awal tahun lalu semasa ia dibina semula bagi memuatkan lebih ramai penumpang. Pendaftar telah menukarkan kapasti kargo sebanyak lebih daripada separuh, kepada 987 tan, dan memaklumkam bahawa kapal tersebut perlu membawa lebih daripada 2,000 tan air supaya seimbang.

Bukti Yang Menggemparkan Ekoran Tragedi Feri Karam Di Korea

Akan tetapi pendaftar hanya menyerahkan laporan mereka kepada pemilik kapal, Chonghaejin Marine Co. Ltd. Pengawal pantai dan Korean Shipping Association, yang bertanggungjawab mengendalikan perlepasan dan ketibaan penumpang kapal, langsung tidak tahu-menahu mengenai had muatan terbaru tersebut sebelum kejadian.

Sejak feri yang dibina semula itu memulakan operasinya pada Mac 2013, ia telah melakukan hampir 200 trip termasuk 394 perjalan individu dari pelabuhan Incheon berhampiran Seoul ke selatan pulau Jeju. Dalam 246 daripada jumlah perjalan tersebut, Sewol telah melebihi had sebanyak 987 tan, menurut dokumen dari pelabuhan Incheon.

Operator pelabuhan tidak mempunyai rekod kargo mengenai perjalanan terakhir Sewol. Manakala operator feri pula memberikan maklumat hanya setelah ketibaan feri ke destinasi. Sehubungan itu, peraturan untuk kapal penumpang tempatan adalah lebih longgar berbanding kapal yang dikhaskan untuk kargo, yang mana perlu diberikan laporan sebelum ia berlepas.

Kesemua kru yang terselamat seramai 15 orang yang terlibat dalam pengendalian feri telah ditahan, dituduh cuai dan gagal melindungi penumpang. Turut ditahan adalah 3 orang pekerja kepada pemilik feri yang mengendalikan kargo. Ketua perhubungan perkapalan dan pendaftar perkapalan telah meletakkan jawatan secara sukarela ekoran tragedi tersebut.

Punca feri tersebut karam masih dalam siasatan, tetapi pakar menyatakan bahawa jika feri tersebut sering melebihi muatan, satu pergerakan membelok yang kecil sudah cukup untuk membuatkan feri tersebut hilang keseimbangan. Data penjejak menunjukkan bahawa kapal tersebut telah membuat belokkan sebanyak 45 darjah pada masa kejadian.

Sejak tragedi Sewol itu, kementerian lautan sedang menimbangkan untuk mengambilalih kerja-kerja memantau keselamatan kapal penumpang daripada pertubuhan perkapalan, menurut pegawai kementerian, Kwon Jun-young. Kwon berkata bahawa mereka sedang berbincang tentang agensi mana yang patut diberikan kerja tersebut.

 Sumber: The Associate Press

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments