Budak 5 Tahun Ditemui Hidup Dengan Lembu?

lembu.jpg

Budak 5 Tahun Ditemui Hidup Dengan Lembu? | Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui hidup dengan lembu, tidak boleh bercakap dan cuma mampu berkomunikasi menerusi bunyi ‘moo’.

Budak berkenaan diselamatkan polis Russia selepas jirannya di daerah Solikamsk membuat laporan.

“Dia yang tidak mempunyai nama itu tidak tahu makan dengan betul dan lebih suka meminum susu dari periuk,” kata polis.Pihak berkuasa dihubungi oleh jiran yang tinggal berhampiran ladang kecil yang diuruskan ibu bapa budak itu.

“Dia yang tidak mempunyai nama itu tidak tahu makan dengan betul dan lebih suka meminum susu dari periuk”. – Jurucakap polis

Pegawai berkata, jiran memberitahu mereka seorang kanak-kanak perempuan tinggal dengan lembu.

“Ketika menyiasat dakwaan itu, kami mendapati ia benar,” katanya.Ketika ditemui kanak-kanak itu tidak memakai sebarang pakaian dan tinggal dengan lembu di ladang berkenaan.

Dia juga selalu dikurung dalam bilik stor oleh ibu bapanya. Selepas dihantar ke pusat pemulihan, kanak-kanak itu kini ditempatkan dengan keluarga angkat.

Dia bukan kanak-kanak pertama ditemui dibesarkan oleh haiwan di Russia.Pada tahun 2009, Natasha Mikhailova ditemui dibesarkan dengan sekumpulan anjing di kediaman bapanya di Chita.

Natasha, yang juga berusia lima tahun ketika ditemui, cuma menyalak untuk berkomunikasi, menyedut makanan dan cuma sebesar kanak-kanak berusia dua tahun.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Budak 5 Tahun Ditemui Hidup Dengan Lembu?”

  1. muja says:

    ni la masalahnya dengan parents zaman sekarang,, tahu buat anak je,,, jaganya tak mahu,, ni boleh bikin panas!! grrrrr
    muja recently posted…Manisnya BicaraMy Profile

  2. sayidah says:

    sedihnyaa.. smoga budak tu diberi kekuatan.
    sayidah recently posted…BLOG KOLEJ16 & BLOG ADDCHOCS 🙂My Profile

  3. kucinghitam says:

    susah manusia skrg dh tau beli la kondom
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge