Budak 2 Tahun Maut Dibunuh Di Rumah Kosong Di Dungun

Budak 2 Tahun Maut Dibunuh Di Rumah Kosong Di Dungun. Kes Jenayah Bunuh Di Malaysia, Motif Pembunuhan Budak 2 Tahun Di Dungun, Kekejaman Manusia Durjana

Budak 2 Tahun Maut Dibunuh Di Rumah Kosong Di Dungun | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Nampaknya kes jenayah di Malaysia semakin tidak dapat dibendung. Tebaru Dr Fuh ada terbaca seorang kanak-kanak berusia dibunuh dengan kejam dimana jasadnya ditemui di dalam sebuah rumah kosong di Taman Permint fasa dua Seberang Paka, Dungun. Ikuti berita penuh.

Budak 2 Tahun Maut Dibunuh Di Rumah Kosong Di Dungun

DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ditemui mati di dalam sebuah rumah teres tidak berpenghuni di kawasan perumahan Taman Permint fasa dua Seberang Paka, Dungun petang Selasa.

Mayat Nursyafiqah Abdullah dua tahun ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata ketika tiba di kawasan itu, pengawal keselamatan berusia 31 tahun itu terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka dan terhidu bau busuk.

Dalam pada itu, Nursyafiqah dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu. Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, tahun dikatakan meninggalkan kanak-kanak terbabit di dalam sebuah kereta di depan sebuah kedai makan di Kuala Paka, dalam keadaan pintu kenderaannya tidak berkunci untuk menemui seorang rakan kira-kira jam 7.30 petang.

Sejurus kembali ke keretanya, beliau yang bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan di bandar Paka mendapati anaknya hilang.

Dalam laporan polisnya, Rabiatul berkata, dia sebelum ini penah menerima ugutan bunuh.

Sementara itu di laman media sosial Facebook dan Twitter, ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan foto kanak-kanak berkenaan. Tindakan itu menyebabkan mendapat reaksi keras beberapa pengguna laman media sosial termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. – Sumber

Dr Fuh – Kesian anak kecil yang tak bersalah ni menjadi mangsa kekejaman manusia durjana. Takziah diucapkan kepada keluarga mangasa. Semoga keluarga beliau tabah menghadapi ujian dari Nya ini.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments