Budak 18 Tahun Dicampak Dari Tingkat 25 – Video

budak-dicampak-china.jpg

Budak 18 Tahun Dicampak Dari Tingkat 25 – Video | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Tadi Dr Fuh terbaca satu berita yang amat menggemparkan dimana seorang kanak-kanak berusia 18 bulan telah dicampak dari tingkat 25 oleh seorang pelajar perempuan. Ikuti berita penuh dan video yang sempat dirakamkan.

Satu rakaman memaparkan seorang pelajar perempuan menyerang seorang kanak-kanak lelaki di dalam lif dan mencampakkannya ke bawah dari beranda di tingkat 25 memeranjatkan seluruh negara.

Rakaman video pengawasan itu yang menunjukkan pelajar perempuan terbabit memukul dengan kejam kanak-kanak berkenaan selepas menghempas dan menendangnya beberapa kali di dalam lif tersebar luas dalam laman sosial mirip Twitter China, Sina Weibo, mencetuskan perdebatan hangat melibatkan lebih 310,000 perbincangan dalam mikroblog.

Portal berita dalam talian BjNews melaporkan insiden itu berlaku pada 25 November di bandaraya Chongqing, barat daya China, apabila nenek kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan itu yang digelar ‘Yuanyuan’ keluar dari lif dengan membawa basikal cucunya, pintu lif tertutup dan meninggalkan Yuanyuan bersama pelajar perempuan berumur 10 tahun itu.

Rakaman itu menunjukkan selepas menyerang anak kecil itu dengan kejam, lif tiba di tingkat 25, pelajar perempuan mengangkat Yuanyuan dan mencampakkannya keluar.

Setelah mendapati lif berhenti di tingkat 25, si nenek yang amat bimbang berkata dia segera bergegas ke tingkat berkenaan dan berjumpa pelajar perempuan itu.

Bagaimanapun, pelajar itu berkata dia tidak nampak kanak-kanak itu dan mendakwa seseorang telah membawanya pergi, tetapi tidak ingat sama ada wanita atau lelaki yang membawanya, kata nenek dan menambah pelajar itu malah menawarkan diri untuk mencari cucunya.

“Dalam masa lima minit, Yuanyuan terbaring berlumuran darah di atas tanah di luar bangunan,” kata nenek itu.

Kanak-kanak itu dilaporkan mengalami pendarahan paru-paru dan retak tempurung kepala. Keadaannya stabil dan diletakkan di bawah pemerhatian dalam unit rawatan rapi di sebuah hospital.

Polis berkata kes itu masih disiasat.

Sungguhpun menerima 58,000 yuan (US$9,464) daripada keluarga pelajar perempuan itu, ibu mangsa berkata pada Rabu dia akan memfailkan saman terhadap keluarga pelajar berkenaan. – Bernama

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge