Budak 11 Tahun Cuba Bunuh Diri Kerana Sering Di Buli

Budak 11 Tahun Cuba Bunuh Diri Kerana Sering Di Buli

Budak 11 Tahun Cuba Bunuh Diri Kerana Sering Di Buli | Kisah tragis seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang bernama Michael Morones. Budak yang berasal dari North Carolina ini cuba bunuh diri sering di buli oleh rakan-rakannya di sekolah.

Seperti yang dilaporkan oleh mirror.co.uk, Michael sangat menggemari rancangan kartun My Little Ponny yang rata-rata digemari oleh budak perempuan, oleh kerana itu, teman-taman di sekolahnya menjadikannya sebagai objek buli dan menggelarnya sebagai gay.

Michael menderita kelainan hiperaktif dan sangat terinspirasi dengan watak kuda dalam kartun My Little Ponny. Dia selalu beraksi dan menari dengan meniru watak kuda tersebut.

Michael ditemui tergantung di tempat tidurnya. Ibu bapanya akan membawanya ke hospital, namun otaknya telah mengalami kerosakan yang cukup serius kerana kekurangan oksigen.

Ibu bapanya berkata, anaknya sangat sedih dan kecewa kerana dibuli dan disebut sebagai gay kerana menyukai rancangan kartun tersebut.

Ibunya sedar, mungkin memerlukan waktu berbulan-bulan, bahkan bertahun tahun untuk anaknya sembuh, namun dia tak akan menyerah. Kedua ibu bapa Michael tidak menyalahkan rakan-rakan Michael atas kejadian ini. Mereka memberi tumpuan kepada nilai pelajaran yang diberikan kartun My Little Pony pada kanak-kanak.

Ramai dikalangan orang menyokong Michael dan menyumbang untuk kos rawatannya. Bahkan sokongan pada Michael juga diberikan dengan membuat tatto My Little Ponny oleh beberapa orang.

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments