Buang Air Besar Duduk Dan Bertinggung, Mana Lebih Bagus

jamban-duduk-vs-bertinggng.jpg

Buang Air Besar Duduk Dan Bertinggung, Mana Lebih Bagus | Apa jenis jamban yang anda pakai di rumah? Kalau kita duduk di taman perumahan biasanya ada dua jenis jamban. Satu jenis bertinggung secara tradisi turun temurun yang diajar oleh tok nenek kita dan satu lagi jenis duduk sambil baca surat khabar yang diperturunkan oleh Barat.

Kalau yang biasa di kampung membesar dalam suasana hulu, berak bertinggung adalah perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan melepaskan bom masuk ke dalam sungai di pagi yang nyaman cukup mengasyikkan.

Sama ada kita perasan atau tidak, aksi duduk bertinggung atas batang nyior yang melintang atas sungai dengan gaya yang cukup selamba dan selesa merupakan satu keajaiban jika dipandang olah orang barat. Kalau tak percaya suruh seorang mat saleh yang anda kenal pergi buat aksi tersebut. Kemungkinan besar dia akan terlentang masuk dalam sungai itu.

Bagi kita rakyat asia, bertinggung sudah dilatih sejak kecil maka ia menjadi normal dan bersahaja. Ini bukanlah satu posisi biasa bagi orang barat.

Cerita asalnya di sini adalah untuk mengingatkan kita agar kembali kepada posisi asal berak kita secara tradisi. Buang saja jamban jenis duduk dari rumah kita dan gantikan dengan jenis bertinggung. Sebabnya adalah lihat rajah yang dilampirkan.

duduk vs bertinggung

Berak duduk membuatkan usus tercekik dan najis tidak dapat dilepaskan dengan lancar. Ini membuatkan banyak kesan kekotoran dan keracunan tertinggal dan di serap semula ke atas. Lebih parah lagi jika sering diamalkan akan ada kebocoran pada organ lain.

Mungkin kita perasan dengan angka mereka yang terkena kanser usus yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini di negara asia yang pada suatu masa dahulu adalah tersangat-sangat jarang berlaku. Kanser usus dulu-dulu hanya banyak berlaku dikalangan orang barat. Sebabnya mereka berak duduk dan kita berak bertinggung.

Bagi mereka dah terbiasa amalkan berak duduk sejak sekian lama, kembalilah ke pangkal jalan. Lihatlah perbezaan kesihatan anda selepas menukar posisi berak. Anda akan dapat rasakan tahap kesihatan yang jauh lebih baik hanya selepas seminggu mengamalkan berak berringgung.

Ajarlah anak-anak berak bertinggung. Tak payah nak perkenalkan cara berak duduk sebab ia sedikitpun tak ada faedah untuk kesihatan.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

11 thoughts on “Buang Air Besar Duduk Dan Bertinggung, Mana Lebih Bagus”

  1. vcore says:

    bertinggung lebih baik

  2. ina aliena says:

    sejak 2 taun lalu sy dh start guna duduk.. sy xleh nk bertinggung.. sbbny patah kaki.. smpi skg xleh nk bertinggung.. hihi…

  3. sakura says:

    jamban duduk harus ada bagi setiap rumah sebab mesti akan ade org tua yg sakit yg xboleh bertinggung and prempuan mengandung dan berpantang.tp xdpt dinafikan jamban bertinggung tu sememangnya lebih baik!

  4. cik Ain says:

    semua bende ada kebaikan dan keburukan…
    So, depend on your self..!! hahaha

  5. Saya pun dari dulu kala lagi x suka jamban fesyen baru nie.. Kalau p tandas awam, mesti cari jamban bertinggung.. Tapi bagi orang sakit, sesuai sangatlah. 🙂
    Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  6. omg says:

    sejak datang kl ni hampir tandas semua berak duduk…

  7. Cik Mas says:

    lps bersalin anak pertama, hingga lah dh ade anak 4 org, saya dh x bole brtinggung nnt kebas kaki…

  8. New info for me!!! Thanks..
    Jobs in Malaysia recently posted…Graphic Designer Pereka GrafikMy Profile

  9. ayu says:

    good info.. TQ.. harap dapat terus disebarkan…

  10. JOBS VIEW says:

    patut la tak puas..huhu..tak lancar rupanya..
    JOBS VIEW recently posted…Job Opportunities with Pantai Holdings BerhadMy Profile

  11. abey says:

    buat je jamban duduk…kalau x selesa boleh bertinggung atas jamban duduk….hehehe mcm x biasa kalau pergi kat pasaraya kesan tapak kaki atas jambang duduk amat byk…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge