Brunei Laksana Hudud Kuatkuasa 1 Mei 2014

Brunei Laksana Hudud Kuatkuasa 1 Mei 2014. Penguatkuasaan hukuman hudud itu termasuk hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam keatas penzina

Brunei Laksana Hudud Kuatkuasa 1 Mei 2014 | Allahu Rabbi! Dr Fuh respect sangat ketua negara Brunei ni yang sangat tegas untuk melaksanakan hukum Allah yang maha sempurna iaitu hukum Hudud di negara Brunei.

Sultan Brunei mengumumkan undang-undang dikenali sebagai Kod Penal Syariah yang mendapat kritikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dikuatkuasakan secara berperingkat mulai esok, lapor AFP.

“Hari ini saya bersyukur kepada ALLAH SWT untuk mengumumkan bahawa esok, Khamis, 1 Mei 2014, akan menyaksikan penguatkuasaan undang-undang syariah fasa satu, yang perlu diikuti oleh fasa-fasa lain,” titah Sultan Hassanal Bolkiah dalam ucapannya, semalam.

Penguatkuasaan hukuman hudud itu termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Awal tahun ini, pengumuman Sultan Brunei itu mendapat sokongan penuh daripada penduduk Islam tetapi mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat bukan beragama Islam.

Hampir 70 peratus daripada 400,000 rakyat negara itu adalah penduduk Islam manakala kira-kira 15 peratus adalah bukan Islam.

Sungguhpun mendapat kritikan daripada Pertubuhan Hak Asasi Manusia PBB, Sultan Brunei dengan tegas memberi amaran bahawa penekanan lebih kuat akan dilaksanakan jika undang-undang itu cuba dirosakkan oleh pengaruh asing. – SH

Dr Fuh – Semoga usaha Sultan Brunei ini mendapat keredhaan Allah S.W.T dan menjadi contoh serta menjadi ikutan negara-negara Islam yang lain khususnya negara kita sendiri Malaysia tercinta!

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments