Bonus Raya Aidilfitri 2013 Adalah Satu Keperluan – Ceupacs

bonus-raya-aidilfitri-2013-cuepacs.jpg

Bonus Raya Aidilfitri 2013 Adalah Satu Keperluan – Ceupacs | Berikutan ramai yang merungut tentang Bonus Hari Raya 2013 yang masih lagi samar-samar statusnya, Ceupacs tampil menggesa supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 , bulan depan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kadar bonus raya yang dicadangkan kongres pada 9 Julai lalu adalah berpatutan dan hanya melibatkan kenaikan setengah bulan gaji sahaja berbanding yang diberikan kerajaan pada tahun lepas.

“Tahun lepas kerajaan sudah beri dua bulan bonus, jadi kami harap tahun ini dapat diberikan sedikit kenaikan kepada penjawat awam memandangkan harga barangan keperluan semakin naik, sekali gus dapat meringankan beban mereka khususnya mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dan golongan pesara.

“Hal itu bukan saja berita gembira buat penjawat awam ini bahkan akan beri sedikit keceriaan kepada peniaga di luar sana yang kita dapati kurang dapat sambutan penjawat awam yang masih menunggu bayaran bonus itu,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubunginya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam yang mengatakan kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus Raya 2013 kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.

Omar berharap kerajaan dapat merealisasikan pemberian bonus Aidilfitri itu sepuluh hari atau seminggu sebelum umat Islam menyambut Hari Raya, bulan depan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan peniaga barangan keperluan hari raya supaya tidak mengambil kesempatan jika penjawat awam bila penjawat awam diberikan bonus raya nanti.

Sebaliknya golongan peniaga patut berterima kasih kerana sedikit sebanyak dapat membantu mereka melariskan barangan jualan mereka yang kini masih suram daripada pengunjung baik di pasaraya mahupun bazar Ramadan.

Pada 9 Ogos tahun lepas, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. – Sinar Harian

Dr Fuh – Apa-apa pun Dr Fuh berharap para kakitangan kerajaan sudah bersedia dengan keputusan yang diumumkan nanti. Jika bonus diberikan, Alhamdulillah rezeki anda, jika tidak diberikan nak tak nak anda perlulah redha dan bijak berbelanja.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Bonus Raya Aidilfitri 2013 Adalah Satu Keperluan – Ceupacs”

  1. lahabau says:

    alhamdulillah….yyeehhhaaaa leh beli kete baru….kami yg swasta dan keje sendiri gigit jari kaki jek le….muahahaha

  2. dapatlah jugak ringankan bebanan eheheh
    Potia Casadelarossa recently posted…Gambar Taktik-Taktik Penyeludupan DadahMy Profile

  3. hafiz says:

    setuju dapatlah buat beli baju raya anak2…
    hafiz recently posted…Wordless Wednesday 27 : Air tangankuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge