Bom Meletup Di Tumpat Seorang Lelaki Maut

maut-bom-1.jpg

Bom Meletup Di Tumpat Seorang Lelaki Maut | Innalillah. Terkejut Dr Fuh dengar berita tergempar ni tadi. Actually kejadian ni berlaku pagi semalam. Masih belum reda kini muncul pula kejadian yang lebih dahsyat dimana kali ini bom pula menjadi pilihan. Allahu Akhbar. Ikuti berita penuh dibawah ini.

Bom Meletup Di Tumpat Seorang Lelaki Maut

TUMPAT: Seorang lelaki maut apabila bungkusan hitam yang diletakkan di atas bumbung kereta milik abang iparnya di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Cabang Empat, dekat sini, tiba-tiba meletup.

Bom Meletup Di Tumpat Seorang Lelaki Maut. Seorang lelaki maut apabila bungkusan hitam yang diletakkan di atas bumbung kereta milik abang iparnya

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang bekerja sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Manik Urai, Kuala Krai itu mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di tangan dan anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata, mangsa bersama isteri dan anak berusia empat bulan datang ke ibu mertuanya di kampung itu malam tadi untuk berhari raya.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai berada di dalam rumah dan keluar mengambil bungkusan berwarna hitam yang diletakkan di atas bumbung kereta Naza Kia itu setelah diberitahu isterinya.

“Sebaik sahaja mengambilnya, tiba-tiba bungkusan hitam itu meletup, menyebabkan kedua-dua tangan mangsa putus dan anggota badannya cedera parah. Mangsa mati

kejadian.

“Letupan itu juga turut merosakkan kereta Perodua Alza yang terletak bersebelahan kereta Naza Kia itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian dekat sini, semalam.

Lai berkata, polis setakat ini masih membuat siasatan di tempat kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut seorang jiran, Kamaruddin Che Mat, 56, letupan kuat itu boleh kedengaran di beberapa buah kampung dan dia yang terkejut dengan bunyi kuat itu bergegas ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku.

“Pada mulanya saya sangkakan bunyi mercun, tetapi setelah menjenguk keluar dari pintu rumah, saya lihat isteri mangsa sedang menangis di sisi mayat suaminya,” katanya. –

Bom Meletup Di Tumpat Seorang Lelaki Maut. Seorang lelaki maut apabila bungkusan hitam yang diletakkan di atas bumbung kereta milik abang iparnya

Dr Fuh – Takziah kepada keluarga Allahyarham. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Diharapkan pihak berkuasa menjalankan siasatan habis-habisan. Kalau boleh tubuhkan pasukan siasatan khas. Jangan kerana mangsa cuma rakyat biasa perkara ini tidak diambil serius dan dilabel kes terpencil seperti kes

beberapa minggu lalu.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Bom Meletup Di Tumpat Seorang Lelaki Maut”

  1. Your way of telling the whole thing in this post is really good, every
    one can simply understand it, Thanks a lot.
    asus zenbook prime design recently posted…asus zenbook prime designMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge