Bill Gates Letak Jawatan Dari Microsoft?

Bill Gates Letak Jawatan Dari Microsoft. Pengumuman itu menamatkan pencarian ketua baru Microsoft selepas Steve Ballmer mengumumkan hasratnya untuk bersara.

Bill Gates Letak Jawatan Dari Microsoft | Admin masih teringat kan pengasas Apple Inc, Steve Jobs yang telah mati beberapa tahun lepas. Masa itu saingan antara Steve Jobs dan Bill Gates sangat sengit. Tapi selepas kematian Steve Jobs, syarikat Apple makin perlahan dan Bill Gates terus maju. Yang terbaru Bill Gates Letak Jawatan Dari Microsoft, nak tahu sebab apa ? Jom baca info terbaru :

Bill Gates Letak Jawatan Dari Microsoft

Bill Gates telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Microsoft dan akan mengambil peranan baru sebagai penasihat teknologi dalam perkocakan pengurusan yang akan menyaksikan Satya Nadella pula dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru.

Pengumuman itu menamatkan pencarian ketua baru Microsoft selepas Steve Ballmer mengumumkan hasratnya untuk bersara pada bulan Ogos.

Nadella adalah CEO ketiga dalam sejarah 39 tahun penubuhan Microsoft, yakni selepas Bill Gates dan Steve Ballmer.

Bill Gates Letak Jawatan Dari Microsoft. Pengumuman itu menamatkan pencarian ketua baru Microsoft selepas Steve Ballmer mengumumkan hasratnya untuk bersara.

“Pada masa transformasi ini, tidak ada orang yang lebih baik untuk memimpin Microsoft selain Satya Nadella,” kata Bill Gates dalam satu kenyataan.

“Satya adalah seorang pemimpin yang terbukti dengan kemahiran kejuruteraan yang mendalam, visi perniagaan dan keupayaan untuk merapatkan masyarakat. Visi beliau akan bagaimana teknologi akan digunakan dan pengalaman di seluruh dunia adalah apa yang Microsoft perlukan kerana syarikat ini memasuki bab seterusnya melibatkan pengembangan inovasi produk dan pertumbuhan,” katanya.

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments