Bilik Lebih Kemas Dengan Penyangkut Tudung Khas – Lynz Studio

DSC00934.jpg

Haip!! Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dihormati semua. Harini Dr Fuh nak review satu produk yang ‘baekk punyerr’. Barang ni Dr Fuh sarankan untuk setiap wanita memilikinya. Nak tau produk apa yang terbaekk ni? Jom tengok..

Taraaaaaa~

penyangkut tudung bawal

Penyangkut Tudung Bawal / Selendang

Haaa. Inilah produknya. Nampak biasa-biasa tapi kegunaan dia sangat luar biasa. Dr Fuh tau mesti bilik korang (gadis-gadis comel) penuh dengan pelbagai fesyen tudung kan. Habis penuh almari disumbatnya tudung-tudung tu. Bila nak guna jenuh nak cari. Terpaksa kenjahkan semula tudung-tudung tadi. Pastu nak kena kemas balik. Fuh!! Menyusahkan betul kan?

Tapi dengan adanya penyangkut tudung ni Dr Fuh berani jamin yang bilik korang akan tersusun rapi, kerja korang akan menjadi lebih mudah dan masa korang takkan terbuang untuk melipat dan meyusun tudung-tudung korang yang melambak tu. Ini serius. Kalau tak percaya cuba try test. Hehehehe.

Ok, Dr Fuh nak terang 1 by 1 pulak tentang barang ni. Yang 1st sekali Penyangkut Selendang / Tudung Bawal. Penyangku ni direka khas untuk menggantung selendang atau tudung bawal. Ada 14 lubang pada penyangkut besi dan tiap-tiap boleh menggantungkan 5-6 helai selendang atau tudung bawal. For sure lah tudung-tudung anda akan tersusun rapi seperti gambar dibawah ni, nak pilih pon sonang 🙂 (Gambar seperti diatas)

Then Penyangkut Tudung Awning pulak. Tudung awning ni kalau tak salah Dr Fuh tudung yang paling digemari oleh muslimah-muslimah yang comel-comel belaka ni sebab ianya sangat mudah dipakai. tapi kalau tak jaga elok-elok tudung ni mudah rosak terutamanya bahagian ‘awning’ dia tu. Salah lipat mau patah awning tu, dah tak cantik. Penyelesaiannya gunakanlah Penyangkut Tudung Awning ni. Ia direka khas untuk menggantung tudung awning. Ada 14 lubang pada penyangkut besi dan tiap-tiap boleh menggantungkan 2-3 helai tudung awning.

penyangkut tudung awning

Penyangkut Tudung Awning

Dan yang terakhir sekali, Penyangkut Pashima. Kat sini mesti ada peminat tudung pashima kan? Sapa minat cepat angkat tangan! Nanti Dr Fuh bagi cekelat sebijik. Ngeee. Ok, bagi penggemar pashima, bolehlah menggunakan penyagkut pashima ni. Ia direka khas untuk menggantung pashmina atau selendang tebal. Ada 14 lubang pada penyangkut besi dan tiap-tiap boleh menggantungkan 2-3 helai pashmina atau selendang tebal. Haaa. Kalau dah ada complete 3 jenis penyangkut ni kompom punyalah bilik korang akan sekemas bilik Dr Fuh. Ehh? Hahaha.

penyangkut pashima

Penyangkut Pashima

So macam mana nak order? Harga berapa? Ada produk lain tak? Ok, bagi yang berminat boleh lawati  page Facebook Lynz Shoppe <–click

Oh ya, selain tu Lynz Shoppe ni jugak ada menawarkan pelbagai produk kreatif yang lain. Make sure kena masuk dalam wishlist raya korang. Antaranya Casing Handphone Bling-Bling, Tudung dan macam-macam lagi lah. Tapi yang paling best Lynz Shoppe ni boleh custom made kasut woah..serius cantik dan sesuai diguna untuk kahwin 🙂 Nak tengok produk lain korang juga boleh lawati blogshop Lynz Studio <– Click.

casing bling bling kasut pengantin custom made

Selamat bershopping!!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “Bilik Lebih Kemas Dengan Penyangkut Tudung Khas – Lynz Studio”

  1. onlajer says:

    satu hangger besar untuk mengantung hanger kecil menarik nih
    onlajer recently posted…Madrasah Tahfiz Seri MerlongMy Profile

  2. Hafizul says:

    Ni kali pertama tengok penyakut mcm ni..hahaha
    Hafizul recently posted…Review Blog Denaihati Versi Laju-LajuMy Profile

  3. Atiqa anuar says:

    haha sangat sangat kreatif. boleh lah nanti kemas tudung bawal bersepah. ops~
    Atiqa anuar recently posted…Ceritera Lawak : Surat Mr Bean untuk Bill GatesMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge