Biar Betul!! Berumah Di Tengah-Tengah Lebuhraya?

rumah-atas-jalan.jpg

Biar Betul!! Berumah Di Tengah-Tengah Lebuhraya? | HANGZHOU: Sebuah bangunan apartmen berada di tengah-tengah sebatang jalan baru dibina apabila sepasang suami isteri warga emas enggan berpindah, lapor media semalam.

Luo Baogen dan isterinya enggan meninggalkan kediaman mereka di bandar Wenling di wilayah Zhejiang, China, walaupun separuh daripada bangunan itu dirobohkan.

Menurut media, pasangan terbabit enggan berganjak daripada keputusan mereka kerana mendapati pampasan disediakan kerajaan tidak mencukupi.

Akibatnya, laluan berkenaan terpaksa dibina mengelilingi apartmen itu dan mewujudkan landskap aneh di bandar berkenaan. Untuk memastikan keselamatan pasangan terbabit, kerajaan memutuskan tidak merobohkan unit bersebelahan kediaman mereka.

Semua penghuni apartmen berkenaan berpindah ke tempat lain sebelum ini. Kerajaan membina laluan berkenaan untuk menghubungkan perkampungan Xia Zhangyang dengan stesen kereta api Wenling yang belum dibuka secara rasmi.

Biar Betul!! Berumah Di Tengah-Tengah Lebuhraya? Sebuah bangunan apartmen berada di tengah-tengah sebatang jalan baru dibina apabila sepasang suami isteri..

Menurut Luo, pampasan ditawarkan kerajaan tidak mencukupi untuk menampung kos pembinaan semula rumahnya. Sebelum ini, bangunan persendirian di China dirobohkan dengan mudah bagi memaksa orang awam berpindah.

Namun, undang-undang kini diperketatkan dan mana-mana pihak dilarang merobohkan bangunan persendirian secara paksa atau tanpa persetujuan dengan penghuninya.

Golongan pemilik bangunan yang berdegil itu dikenali sebagai “Pemilik Paku” – merujuk kepada paku yang sukar dicabut dari kayu lama tanpa menggunakan tukul besi. Awal tahun ini, sepasang suami isteri warga emas yang menetap di dua bangunan usang bersama anak lelaki mereka di Taizhou, Zhejiang, bersetuju pada peringkat awal menjual kediaman mereka selepas menerima pampasan bernilai RM39,000.

Namun, mereka menukar fikiran dan memulangkan wang pampasan berkenaan sejurus selepas kerja membina jalan dimulakan. Dalam kes lain, juga awal tahun ini, dua penduduk Zaozhuang bertegas enggan meninggalkan rumah mereka yang sepatutnya dirobohkan pemaju tempatan.

Kedegilan itu menyebabkan pasangan berusia 60-an itu hidup di tengah-tengah projek pembangunan pencakar langit.

Biar Betul!! Berumah Di Tengah-Tengah Lebuhraya? Sebuah bangunan apartmen berada di tengah-tengah sebatang jalan baru dibina apabila sepasang suami isteri..

Pasangan terbabit juga sering diganggu samseng, selain menghadapi beberapa cubaan merobohkan rumah berkenaan. Kemudahan asas di situ dipotong pada 2009, selaras dengan projek pelaksanaan pembinaan di sekitar rumah berkenaan. – DM

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

9 thoughts on “Biar Betul!! Berumah Di Tengah-Tengah Lebuhraya?”

  1. maybe rumah tu ada sentimental value la bagi dorang. Orang tua2 ni biasa la hidup dengan banyak kenangan.. kalau boleh dorang nak mati kat rumah yang banyak cipta memori dalam hidup dorang. tapi pelik jugak rumah tgh2 highway… nak keluar rumah gamaknya kalau orang islam kena mengucap dulu la.
    lekatlekitgurl recently posted…PELAKON NABILA HUDA & ANAKNYA KEMALANGANMy Profile

  2. memang hebat orang tua ni
    blogger lelaki recently posted…Haruman Bau SyurgaMy Profile

  3. zamzarina suandi says:

    hak dia…org xde hak nak ggu

  4. World WarZ says:

    RM 39,000 papasan…. nek dia.
    Orang kampung aku raya tu hari buat open house makan buffet bayar katering pun habis RM40,000

  5. cik Ain says:

    rumah tengah2 highway…
    mungkin xde la sekerap dan sesesak jalan dekat malaysia nie..
    sayang sgt die pada rumah tuh..

  6. vcore says:

    baru rare rumah tengah highway

  7. Ezad Skytech says:

    mungkin dia ada sebab tersendiri kenapa dia tak mahu pindah…
    Ezad Skytech recently posted…Film Review : The InternshipMy Profile

  8. mselim3 says:

    Assalammualaikum… kekadang rumah adalah syurga sesetengah penghuni di dalamnya.. kekadang ada sentimental value … nak pindaj boleh janji harga ….pampasan setimbal!…

    mselim3

    pls: mselim3 pernah baca entry nie dulu…
    mselim3 recently posted…Karamah Abu Yazid Al-Bustami Boleh Terbang Di UdaraMy Profile

  9. kucinghitam says:

    gila lah tengah2 jalan tue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge