Biar Benar? Lelaki Terkejut Diberitahu Doktor Dia Adalah Wanita

biar-benar.jpg

Biar Benar? Lelaki Terkejut Diberitahu Doktor Dia Adalah Wanita | HONG KONG – Seorang lelaki yang berusia 66 tahun dan hidup sebagai seorang lelaki sepanjang hidupnya telah dikejutkan dengan satu pemeriksaan perubatan yang mendakwa dia sebenarnya seorang wanita.

Lelaki tersebut menerima berita yang mengejutkan itu selepas dia berjumpa seorang doktor di Hong Kong kerana mengalami masalah sakit perut.

Beberapa doktor menyedari pesakit itu merupakan seorang wanita selepas mereka mendapati bahawa bahagian perut yang sakit itu berpunca daripada pembentukan sista di bahagian rahimnya, lapor jurnal Hong Kong Medical Journal.

Keadaan itu berlaku adalah hasil daripada kewujudan dua alat kelamin yang luar biasa.

Selain itu, lelaki tersebut turut didapati mengalami sin drom Turner yang hanya dialami kanak-kanak perempuan dan wanita selain terhasil daripada satu masalah kromosom.

Masalah itu juga menyebabkan pesakit mempunyai ciri-ciri seperti kemandulan dan tubuh badannya yang lebih kerdil.

Namun, dia juga mempunyai masalah kongenital adrenal hiperplasia yang menyebabkan peningkatan hormon lelaki pesakit dan seseorang yang mengalaminya mempunyai janggut dan bulu roma selain menyebabkannya kelihatan seperti lelaki.

“Jika bukan disebabkan kewujudan sista yang besar dalam rahimnya, keadaan perubatan yang menarik mengenai diri beliau mungkin tidak pernah didedahkan,” kata tujuh doktor dari dua buah hospital di bandar ini yang menulis dalam kajian yang diterbitkan kelmarin.

“Lelaki keturunan Vietnam itu memutuskan untuk terus menjadi seorang lelaki dan dia kemungkinan perlu untuk melakukan penggantian hormon testosteron,” menurut jurnal itu. – AFP

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

9 thoughts on “Biar Benar? Lelaki Terkejut Diberitahu Doktor Dia Adalah Wanita”

  1. fyna says:

    mahunya tak terkejut ^_^
    fyna recently posted…Simpton Taip Dan PadamMy Profile

  2. sayidah says:

    nauzubillahh..siannya 🙁

  3. Bidadari says:

    tak pasal2 meroyan orang tua tu. da dekat 70 baru tau die wanita.. haha
    Bidadari recently posted…Wanita : Mama Tidak Pandai MasakMy Profile

    1. Ummar Farouk says:

      Tu mujur dia dah berumur 70 tahun. Cer kalo dia berumur 20 tahun… Mase tu dia mahu kahwin untuk dapatkan zuriatnya… Mahu tak nangis dibuatnya… Huhu…
      Ummar Farouk recently posted…[GEMPAR] Kemenangan Para Mujahidin yang Sungguh Luar Biasa!My Profile

  4. Yan Ty says:

    Amazing. Tanjat boboi.

    1. Wkakaka.. nasib baik kat Malaysia xde lg kes mcam nie.. Parah dowh! 😀
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  5. kesian betul… tak kan la selama ni dia tak tahu kot…

  6. malbath says:

    Harus Bagi Allah mengadakan atau miniadakan

  7. World WarZ says:

    Kesian dia..
    Semasa dia dilahirkan mungkin dia seorang baby yang kecelaruan gander..
    Iaitu dia seorang ‘Khunsa Musykil’ iaitu mempunyai dua alat kelamin .
    Kalau secara sebutan terus dia mempunyai dau alat kelamin iaitu zakar dan faraj atau dipanggil KHUNSA. Keluarga sepatutnye memilih kecenderungan yang lebih berat kearah mana bermaksud keseorang lelaki atau keseorang perempuan.
    Tetapi dia memilih kepada keseorang lelaki sedangkan biologi dia lebih kepada seorang perempuan..
    dan akhirnye ….

    Ohh tidak tidak tidak
    kehkehkeh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge