Allahu Rabbi – Pakcik Ini Masih Bernyawa Setelah Ditetak Di Leher Oleh Penyamun

mangsa-samun-ditetak-di-leher-dan-tengkuk.jpg

Allahu Rabbi – Pakcik Ini Masih Bernyawa Setelah Ditetak Di Leher Oleh Penyamun | Tadi Dr Fuh ada terbaca blog sahabat media siber. MAsuk-masuk je blog dia terkejut Dr Fuh tengok gambar ngeri seorang Pak Cik tua yang lehernya seolah-olah dikelar. Terus Dr Fuh baca dan dapatkan kesahihannya. Memang benar berita itu, pakcik tersebut ditetak di bahagian tengkuk dan leher ketika disamun. Jom baca berita penuh.

Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang.Menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk.

Masa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya. Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan.

Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1K.

Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa.

Allahu Rabbi - Pakcik Ini Masih Bernyawa Setelah Ditetak Di Leher Oleh Penyamun

Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dan terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota KInabalu untuk rawatan lanjut. – media-siber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Allahu Rabbi – Pakcik Ini Masih Bernyawa Setelah Ditetak Di Leher Oleh Penyamun”

  1. Allahu akbar T___T x sanggup nak tengok….. siapa yg kejam sgt ni???????????? semoga org yg buat ni dpt balasan setimpal

  2. Ummar Farouk says:

    Fuh! memang ngeri dan terkejut nampak gambar 18SG neh!
    Ummar Farouk recently posted…Wawancara Bersama Para Mujahidin Syria Mengenai Pembebasan Bandar Di TaftanazMy Profile

  3. peri hatin says:

    nnati pakcik akan balas balik kat padang masyar ye pakcik>>?… kejam dioarng ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge