Berat Anak 5 Tahun Melebihi Berat Bapa?

Berat Anak 5 Tahun Melebihi Berat Bapa? Meski usianya baru lima tahun, namun berat badan seorang budak lelaki meningkat mendadak hingga mencecah

Berat Anak 5 Tahun Melebihi Berat Bapa? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr FUh ucapkan kepada pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian. Tadi Dr Fuh ada baca satu artikel yang sangat mengejutkan. Hal ini berlaku di Malaysia dimana seorang budak 5 tahun memiliki berat badan diluar jangkaan. Ikuti berita penuh.

Meski usianya baru lima tahun, namun berat badan seorang budak lelaki meningkat mendadak hingga mencecah 57 kilogram dipercayai akibat nafsu makan yang kuat menyebabkan kedua ibu bapanya bimbangkan keadaan kesihatannya.

Akibat berat badan berlebihan, Mohammad Danish Asyraaf Mohd Darus menghadapi masalah pernafasan hingga menjejaskan kecergasannya serta terpaksa tidur dalam keadaan duduk, lapor Harian Metro.

Berat badan Mohammad Danish Asyraaf melebihi berat bapanya, Mohd Darus Ismail yang hanya 53 kilogram dan lebih separuh daripada berat ibunya, Normah Ahmad yang mempunyai berat 80 kilogram.

Normah, 36, berkata, berat badan anak kedua daripada tiga beradik itu pada tahun lalu cuma 15 kilogram, namun meningkat mendadak mencecah 57 kilogram.

Menurutnya, anaknya itu dilahirkan normal dengan berat 3.2 kilogram, tetapi disahkan menghadapi masalah pernafasan sejak lahir.

“Kami tidak tahu kenapa selera makannya berubah hingga berat badannya meningkat mendadak dan dia tidak dapat mengawal pemakanannya walaupun doktor menasihatkan kami berbuat demikian.

“Dia akan menangis dan memberontak jika kami menegahnya daripada makan terlalu banyak membuatkan kami buntu dan terpaksa mengikut kehendaknya,” katanya yang tinggal di Sungai Karang di sini.

Katanya, Mohammad Danish Asyraaf yang pemalu mudah memberontak selain tidak aktif bergerak kerana masalah kesihatan dihidapinya selain turut dijangkiti cacar air sejak setahun lalu.

“Pada masa ini, kami tidak dapat mengawal pemakanannya kerana dia belum boleh berfikir baik atau buruk, tetapi mungkin berbuat demikian apabila usianya semakin meningkat kerana sudah boleh memahami sendiri.

“Kami tidak memberinya sebarang ubat-ubatan untuk mengawal tabiat pemakanannya kerana bimbangkan kesan sampingan yang mungkin lebih memudaratkan kesihatannya nanti,” katanya.

Semalam, Yang Dipertua Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Seluruh Mukim Beserah dan Sungai Karang (BAKKISS) Wan Azlan Wan Salleh mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kerusi malas kepada kanak-kanak itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, kes kanak-kanak seperti Mohammad Danish Asyraaf jarang berlaku dan menyarankan kanak-kanak itu dirujuk kepada doktor untuk rawatan sewajarnya.

“Paling penting kanak-kanak itu perlu dirujuk doktor untuk mengenal pasti punca sebenar keadaannya sama ada disebabkan masalah diet atau faktor kesihatan lain sebelum rawatan seterusnya dilakukan,” katanya.

Sinar Harian

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments