Benarkah Presiden Mursi Bakal Dihukum??

mursi.jpg

Benarkah Presiden Mursi Bakal Dihukum?? | KAHERAH – MESIR. Presiden Mesir Mohamed Mursi yang menjadi mangsa rampasan kuasa tentera negara dan kini ditahan di sebuah lokasi tidak diketahui dijangka dikenakan hukuman oleh pihak tentera negara itu.

Pegawai kanan tentera Mesir berkata, Presiden Mursi mungkin berhadapan pendakwaan berhubung tuduhan yang dibuat penentangnya namun tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu sehingga kini.

Ketika nasib Mursi masih kabur, presiden sementara Mesir, Adly Mansour semalam, mengemukakan rancangan pilihan raya umum negara (PRU) yang dijangka berlangsung awal 2014.

Pengumuman itu dibuat sejam selepas gerakan Ikhwanul Muslimin membantah tindakan tentera menembak mati 51 penyokong parti itu di perkarangan ibu pejabat tentera di Kaherah, susulan penggulingan Mursi.

Adly mengeluarkan dekri yang menetapkan jadual bagi mengadakan pungutan suara ke atas penggubalan perlembagaan Mesir sebelum PRU diadakan.

Dalam dekri itu, satu panel mewakili politik, agama dan perkhidmatan keselamatan akan meluluskan penggubalan perlembagaan yang digantung selepas Mursi digulingkan selain menetapkan pungutan suara tersebut dalam tempoh lima bulan.

“Pilihan raya Parlimen akan diadakan tiga bulan selepas perlembagaan baru itu diluluskan,” menurut Adly, dipetik Al-Jazeera.

Mengikut dekri tersebut, keseluruhan proses tidak akan melebihi 210 hari, sekali gus memberi gambaran PRU bakal diadakan pada Februari.

Sementara itu, gerakan Ikhwanul Muslimin menggesa bantahan sehari selepas puluhan penyokong terkorban selain 322 yang lain cedera akibat ditembak.

Menurut saksi, tentera melepaskan tembakan amaran dan gas pemedih mata selain beberapa lelaki dipercayai samseng berpakaian preman melepaskan tembakan berpeluru ke arah peserta.

Adly dilaporkan meluah kekesalan berhubung insiden itu selain menubuhkan jawatankuasa kehakiman siasatan.

Sinar Harian

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Benarkah Presiden Mursi Bakal Dihukum??”

  1. kucinghitam says:

    seorang pemerintah hafiz hmmm
    kucinghitam recently posted…GANJARAN & KELEBIHAN SOLAT TARAWIH BULAN RAMADHANMy Profile

    1. Mawardiyunus says:

      bila malaysia nak dpt pemerintah yang Hafiz eh???
      Mawardiyunus recently posted…CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00 | UBAT SAKIT BUAH PINGGANGMy Profile

  2. Unquestionably imagine that that you said.
    Your favorite reason appeared to be at the web the easiest factor to keep in mind of.

    I say to you, I definitely get irked while folks think about
    concerns that they just don’t understand about.
    You managed to hit the nail upon the top and outlined out the whole thing without having side
    effect , folks could take a signal. Will probably be back to get more.
    Thanks

    Stop by my website; search engine optimization
    search engine optimization recently posted…search engine optimizationMy Profile

  3. Almost certainly you are a admirer of World of Tanks, nowadays is the launch of the Planet of Tanks Hack 2.2 with which you
    will make your recreation far more interesting and interesting.
    As we know the aim of this recreation is fighting between two gamers which controls a tanks.
    Thanks to our programmer who worked difficult to make Planet of Tanks
    hack two.2 with all these characteristics and straightforward use.

    With this Entire world of Tanks hack you can add unrestricted quantities
    of Gold, Credits and Expertise, but if you want you use our great
    features of wallhack and speedhack and also high quality extender.
    This hack will make your gameplay 10x less complicated and will make you gain from all the high quality attributes such as 50% more credits and fifty% more expertise for each struggle, and a clean garage.
    That is proper! All these characteristics in 1 system!
    What are you ready for ? Get this instrument and equipment your self up for massive battles!
    world of tanks new hack recently posted…world of tanks new hackMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge