Bekas Pengendali Sepanyol Meninggal

Bekas Pengendali Sepanyol Meninggal. “Dia jurulatih kebangsaan yang banyak memberi jasa sehingga Sepanyol mampu menjadi pasukan terbaik dunia," kata RFEF.

Bekas Pengendali Sepanyol Meninggal | Seperti mana yang kita tahu pasukan Sepanyol antara pasukan yang digeruni oleh pasukan lain, terkini Bekas Pengendali Sepanyol Meninggal. Baca berita selanjutnya di bawah :

Bekas Pengendali Sepanyol Meninggal

BEKAS pengendali Sepanyol, Luis Aragones meninggal dunia awal pagi semalam setelah lama menderita sakit.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), Aragones yang pernah membimbing Atletico Madrid, Barcelona dan Valencia menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun di sebuah hospital di Madrid.

“Negara kita kehilangan besar, kami berdukacita atas pemergian Aragones.

“Dia (Aragones) jurulatih kebangsaan yang banyak memberi jasa sehingga Sepanyol mampu menjadi pasukan terbaik dunia,” kata RFEF.

Untuk rekod, Aragones mula membimbing skuad La Roja sejak tahun 2004.

Pada awal kepemimpinannya, beliau melakukan perubahan besar-besaran dalam skuad itu dengan mengabaikan sejumlah pemain senior seperti Raul Gonzales dan Michel Salgado.

Selain memperkenalkan nama-nama baharu ke dalam skuad Matador, Aragones juga menerapkan gaya permainan umpanan pendek yang dikenali sebagai tiki-taka.

Setelah empat tahun, Aragones berjaya membantu Sepanyol merangkul trofi Piala Eropah 2008 dan itu adalah trofi antarabangsa pertama Sepanyol dalam 44 tahun.

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments