Bekas Penari Pakistan Bunuh Diri Selepas Tidak Tahan Hidup Menderita

Bunuh-Diri-Kerana-Menderita1.jpg

Bekas Penari Pakistan Bunuh Diri Selepas Tidak Tahan Hidup Menderita | Seorang bekas penari Pakistan yang berjuang untuk meneruskan kehidupan selepas disimbah asid akhirnya bertindak membunuh diri selepas lebih sedekad menanggung derita dari segi fizikal dan emosi.

Fakhra Younus, 33, bertindak terjun dari tingkat enam sebuah bangunan di Rom, 12 tahun selepas serangan asid yang menurutnya telah menyebabkan dirinya tidak kelihatan seperti manusia.

Menurut laporan media, serangan yang berlaku sekitar Mei 2000 itu didakwa dilakukan oleh bekas suaminya, Bilal Khar (gambar di bawah) . Dia dikatakan telah menyimbah asid ke muka Fakhra yang sedang nyenyak tidur.

Serangan yang berlaku di depan anak tunggal mereka itu menyebabkan Fakhra sukar bernafas dan berjuang untuk hidup. Hidungnya hampir “cair” sepenuhnya dan dia terpaksa menjalani 39 pembedahan untuk membaiki wajahnya sepanjang dekad yang lalu.

Serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu juga telah menyebabkan rambutnya terbakar, mencantumkan bibirnya, membutakan mata dan merosakkan telinga kirinya, dan turut “mencairkan” payu daranya.

Bekas Penari Pakistan Bunuh Diri Selepas Tidak Tahan Hidup Menderita. membunuh diri selepas lebih sedekad menanggung derita dari segi fizikal dan emosi.

Lebih daripada 8 500 kes serangan asid, perkahwinan paksa, dan pelbagai bentuk keganasan terhadap wanita dilaporkan di Pakistan pada tahun 2011, menurut Yayasan Aurat, organisasi yang memperjuangkan hak asasi wanita di Pakistan.

Peningkatan kes serangan asid mendorong kerajaan Pakistan memperkenalkan undang-undang baharu. Berdasarkan undang-undang itu, individu yang disabitkan bersalah perlu menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 14 tahun.

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge