Bekas Pemain JDT Mengaku TIDAK Bersalah Curi Duit RM500

Bekas Pemain JDT Mengaku TIDAK Bersalah Curi Duit RM500. Susulan berita tentang Seorang Pemain JDT Dipecat Oleh TMJ Kerana Mencuri Wang

Bekas Pemain JDT Mengaku TIDAK Bersalah Curi Duit RM500 | Ingat lagi tak sebelum ni Dr Fuh ada post berita tentang Seorang Pemain JDT Dipecat Oleh TMJ Kerana Mencuri Wang? Baru-baru ini, yang tertuduh mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret di sini, atas tuduhan mencuri RM500, 1 April lalu.

Tertuduh, Mohammad Hadin Azman, 19, didakwa melakukan kesalahan mencuri dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat menyimpan barangan peribadi pemain dengan mencuri wang milik Mohd Asraruddin Putra Omar sebanyak RM500.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik persalinan pemain di padang bola Seri Gelam, Johor Bahru jam 8.30 pagi, 1 April lalu.

Bagi kesalahan itu, Mohammad Hadin didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Dia yang diwakili peguam, Nor Shahid Abdul Malik merayu dibenarkan jaminan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Alias atas faktor menanggung ibunya seorang ibu tunggal.

Nor Shahid memberi jaminan anak guamnya hadir sepanjang perbicaraan berlangsung selain Mohammad Hadin tidak mempunyai pendapatan lain selepas dipecat daripada pasukan itu.

Mohd Azlan membenarkan jaminan ditetapkan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei untuk serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwaraya Noor Farhana Adham. – Sinar Harian

Dr Fuh – Kalau betul tak bersalah Alhamdulillah lah, tapi kalau memang beliau yang mencuri tapi tak mengaku, sendiri tanggung lah ye!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments