Bayi Lelaki Ditinggal Di Surau Hospital Ditemui. Allahu Akhbar

Bayi Lelaki Ditinggal Di Surau Hospital Seberang Jaya Ditemui. Orang awam yang menunaikan solat Asar di sini terkejut apabila menemui bayi lelaki

Bayi Lelaki Ditinggal Di Surau Hospital Ditemui. Allahu Akhbar | Terkejut Dr Fuh dengar berita yang menggemparkan ni tadi. Seorang bayi yang cukup sifat dan comel telah ditemui ditinggalkan di Surau hospital Seberang Jaya. Jom baca laporan penuh yang Dr Fuh petik dari MD

BUTTERWORTH – Orang awam yang menunaikan solat Asar di surau Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini petang semalam terkejut apabila menemui bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan surau itu.

Jurucakap polis berkata bayi yang dipercayai berusia tiga bulan dengan berat lima kilogram itu ditemui pada pukul 4.35 petang.

“Ketika ditemui bayi itu dipercayai baharu sahaja ditinggalkan kerana sebelum mereka bersolat bayi berkenaan belum diletak di situ,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurutnya bayi yang dibalut dengan selimut itu ditinggalkan bersama susu, tuala dan baju.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

“Bayi itu berada di HSJ sekarang ini dan dalam keadaan sihat, siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu yang membuang bayi berkenaan,” katanya yang meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – Bernama

Malaysian Digest

Dr Fuh – Astaghfirullahalazim. Kenapa la seorang ibu yang telah bersusah payah mengandungkan dan melahirkan anaknya sendiri sanggup berbuat demikan. Apakah nasib bayi ini besar nanti? Apakah reaksi bayi ini jika mengetahui hal ini besar nanti? Adakah kerana kesempitan hidup? Atau adakah bayi itu dilahirkan tanpa bapa yang sah? Wallahualam

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments