Bawa Satu Keluarga Mencuri Kedai. Ini Keja Gila!

Bawa-Satu-Keluarga-Mencuri-Kedai.jpg

Bawa Satu Keluarga Mencuri Kedai | Pergh!! Orang tua-tua kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Inilah yang dipraktikkan oleh mak bapak kepada anak-anaknya. Mengajar anak mencuri dari kacik lagi. Besar nanti jadi apalah gamaknya mereka. Hmm. Orang kita tu, memalukan!! Baca lah laporan penuh dari Sinar Harian bawah ni.

Bawa Satu Keluarga Mencuri Kedai. Ini Keja Gila!

GEMENCHEH – Seorang peniaga kedai runcit tidak menyangka lima beranak yang datang ke kedainya di pekan Gemencheh, petang kelmarin, rupa-rupanya keluarga pencuri.

Keluarga berkenaan termasuk dua kanak-kanak berusia lingkungan 10 tahun serta seorang gadis belasan tahun datang ke kedainya dengan berpura-pura menjadi pelanggan.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang itu, peniaga terbabit, P.Raman, 81, berada di kedai sebelum didatangi empat sekeluarga yang mahu membeli akhbar di kedainya. Manakala, seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak terbabit menunggu dalam kereta.

Menurut Raman, salah seorang ahli keluarga dipercayai bapa kepada kanak-kanak itu kemudian membeli sampul surat.

“Dia juga bertanya kepada saya untuk memecah sekeping wang RM50 kepada helaian RM10 kerana mahu memberi kepada tuan rumah yang mengadakan kenduri kahwin.

“Saya memang tidak teringat ini bulan puasa, mana ada orang Melayu boleh buat kenduri kahwin. Sebab tu, saya tidak terfikir ini satu helah. Mungkin  mereka mahu tahu mana saya simpan duit,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian memecahkan wang dengan duit disimpan dalam beg kecil yang diletakkan dalam laci kaunter.

Dalam masa sama, katanya, anak gadis keluarga terbabit mengambil inai pewarna rambut yang dijual di kedainya dan meminta kebenaran menunjukkan kepada ibunya yang tinggal dalam kereta terlebih dulu.

“Tidak lama kemudian, si anak itu datang kepada saya dan menyatakan ibunya tidak tahu menggunakan inai itu. Dia minta saya ajarkan. Lima minit saya terangkan kepada ibunya macam mana menggunakan inai berkenaan sebelum saya kembali semula ke kedai,” katanya.

Raman bagaimanapun berkata, sebaik saya masuk ke kedai, kesemua ahli keluarga itu bergegas keluar dari kedai dan berlari masuk dalam kereta.

“Saya mula syak sesuatu tidak kena apabila melihat beg saya berisi duit lesap. Semua wang dalam laci meja juga hilang,” katanya yang menganggarkan kehilangan wang tunai sekitar RM600.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, polis masih menyiasat kejadian itu sama ada ia membabitkan kes sama tahun lalu.

15 Disember lalu, Sinar Harian pernah melaporkan seorang peniaga kedai runcit di Taman Indah, dekat sini turut menjadi mangsa dalam modus operandi hampir serupa.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa, Ng Wei Hoh, 50, mahu menunjukkan jenama beras seberat 10 kilogram yang diminta seorang lelaki kepada seorang wanita di dalam kereta jenis Perodua Kancil, sebelum kesemua mereka melarikan diri.

Sebaik memeriksa dua laci kaunter, wang dianggarkan bernilai RM1,600 dalam laci berkenaan lesap.

Difahamkan, kes menggunakan modus operandi sama pernah berlaku di Gemas dan Gemencheh, masing-masing pada Oktober dan November tahun lalu. – Sinar Harian

Sedih!! Apa kata anda?

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Bawa Satu Keluarga Mencuri Kedai. Ini Keja Gila!”

  1. kucinghitam says:

    hadoi mcm nie pun ada ka
    kucinghitam recently posted…FAZLEY BERPUASA DI PARISMy Profile

  2. Ejulz says:

    kat putrajaya skang selalu hilang sport rim kereta.. target kereta alza.. kesian diorang yg dah hilang.. dah la dah nak raya.. semoga pencuri tu dpt hidayah..
    Ejulz recently posted…GA Kad Raya 2013 by EJulzMy Profile

  3. amir zahari says:

    Kecik dh di ajak pencuri kalau ikutkan kategori jenayah, ni dikira sebagai jenayah terancang.. Esok2 dah besar budak2 ni akan develop skill yg lebih pro..
    amir zahari recently posted…Garfield Tersangkut Di Lubang PintuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge