Batu Karang Lebih Mudah Menyerang Lelaki!!

kidney-stone-pain.jpg

batu karang

Batu Karang Lebih Mudah Menyerang Lelaki!!

Batu Karang Lebih Mudah Menyerang Lelaki!!  | Seperti tajuk yang anda baca, lelaki mudah diserang oleh penyakit batu karang, kenapa dan bagaimana?? Mari kita baca dan mengambil langkah berjaga-jaga. Puteri harap ini dapat memberi manfaat, In shaa Allah.

BATU karang adalah satu masalah yang kerap ditemui dan boleh berlaku kepada setiap seorang daripada 10 orang.

Risiko untuk mendapat batu karang adalah lima hingga 10 peratus dan kemungkinan seorang hingga dua orang setiap 1,000 orang dalam populasi akan mengalami sakit akibat batu karang. Kejadian kerap berlaku kepada pesakit berusia 30 hingga 50 tahun.

Pabila berbincang berkenaan penyakit batu karang, rata-rata pesakit yang kita kenali di sekeliling kita ialah lelaki.

Pelik tapi benar, berdasarkan kajian, sememangnya lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita. Nisbah sebanyak tiga orang lelaki bagi setiap seorang wanita mempunyai masalah batu karang.

Menurut Pakar Perunding Urologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Suresh Sabaratnam, masalahlebih cenderung menyerang lelaki atas beberapa faktor terutamanya gaya hidup mereka.

“Antara punca lelaki senang terkena penyakit

Batu Karang Lebih Mudah Menyerang Lelaki!!

batu karang

Pencegahan Dan Rawatan Batu Karang

Jelas Dr. Suresh, batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan pada gaya hidup.

  1. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal terutamanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap batu karang. Melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.
  2. Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, anda digalakkan minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing dan elakkan minuman manis terutama air berkarbonat.
  3. Kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, kubis bunga dan pisang dapat mengatasi masalah ini.
  4. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
  5. Kurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin, jeruk dan coklat serta banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
  6. Sumber protein haiwan perlu dikurangkan sebaliknya menggantikannya dengan protein tumbuh-tumbuhan.
  7. Rawatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka ubat yang diambil dapat mengelakkan masalah ini berulang.
  8. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian supaya para doktor dapat menentukan punca terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan perubatan.

Ditapis

  1. Batu ini boleh ditapis melalui kencing dengan penapis teh atau kertas turas seperti penapis kopi.
  2. Batu karang asid urik dan systine dapat dihancurkan melalui ubat-ubatan.
  3. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk dikeluarkan sendiri dan memudaratkan pesakit, pembedahan perlu dilakukan.
  4. Penyakit ginjal ini memerlukan rawatan sepanjang hayat dan jika ianya tersekat dan berlakunya perebakan kuman, ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

“Ia adalah masalah biasa dihidapi tetapi ramai yang tidak sedar mengenainya.

“Hampir semua hospital kerajaan dan swasta di Malaysia mempunyai peralatan dan cara merawatnya.

“Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghadapi masalah batu karang ataupun berdepan dengan tanda-tandanya, segeralah bertemu dengan pakar,” saran Dr. Suresh yang turut merasakan rawatan alternatif tidak baik untuk jangka masa panjang.

Nota Puteri: Jadi, sama2 lah kita menjaga kesihatan dan ubah gaya hidup kita. Mencegah lebih baik daripada merawat. Kekal sihat okeh.. =)

sumber- MINGGUAN MALAYSIA

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Batu Karang Lebih Mudah Menyerang Lelaki!!”

  1. tapi pompuan pun ada batu karang jugak kan

  2. kucinghitam says:

    sama jer cuma kebarangkalian tu lebih kepada lelaki kot
    kucinghitam recently posted…SHILA AMZAH PERNAH KENA PUKUL KEKASIH?My Profile

  3. amir zahari says:

    Memang cenderung kepada lelaki berbanding perempuan, dulu arwah tok siap kena tebuk saluran, kesnya sebab terlalu lama menahan kencing masa naik bas dari kelantan nak ke seremban..
    amir zahari recently posted…Silence Day Of Wednesday #33 – Tanjung Biru, Port DicksonMy Profile

  4. baby comel says:

    batu karang dengan buah piinggang.. sakit tu.. yang paling penting minum air masak banyak2. terima kasih bg ingatan ni
    baby comel recently posted…Cara Kekalkan Air Kolam Ikan BersihMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge