Baru 13 Tahun Budak Ini Sudah Melanjutkan Pelajaran Peringkat Ijazah

zzz1.jpg

Baru 13 Tahun Budak Ini Sudah Melanjutkan Pelajaran Peringkat Ijazah | LUCKNOW – Seorang budak perempuan memecahkan benteng norma pendidikan di India apabila dia memulakan pengajian di peringkat ijazah sarjana pada usia 13 tahun.

Budak perempuan berkenaan, Sushma Verma mengambil jurusan mikrobiologi.

Sushma berkata, dia menamatkan pengajian sekolah menengah pada usia tujuh tahun dan memperoleh ijazah sarjana muda ketika berumur 13 tahun.

“Kejayaan tersebut adalah hasil titik peluh dan pengorbanan ibu bapa saya,” katanya.

Baru 13 Tahun Budak Ini Sudah Melanjutkan Pelajaran Peringkat Ijazah. Seorang budak perempuan memecahkan benteng norma pendidikan di India

Ibu bapa Sushma tidak berpelajaran tinggi. Mereka tinggal bersama tiga adik Suhsma di sebuah bilik kecil di ibu negeri Uttar Pradesh di sini.

Bapa kanak-kanak pintar itu, Tej Bahadur Verma, 50, bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan 200 rupee (RM10) sehari.

Lelaki tersebut menjual tanah miliknya seluas 930 meter persegi untuk membayar yuran pengajian Sushma. Baki pembiayaan pengajian tersebut diperoleh daripada derma orang ramai. – AP

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

2 thoughts on “Baru 13 Tahun Budak Ini Sudah Melanjutkan Pelajaran Peringkat Ijazah”

  1. However after several years of the initial surgery, enhancements may be
    needed by the patient. Patients should not rub the eyes to prevent irritation.

    This technique is mostly preferred by patients who have poor normal vision.
    lasik surgeons honolulu hi recently posted…lasik surgeons honolulu hiMy Profile

  2. kucinghitam says:

    bagus la bru 13 dh ijazah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge