Bapak Ini Sanggup Rantai Anak Ketagih Judi. Apa Kata Anda?

budak-rantai.jpg

Bapak Ini Sanggup Rantai Anak Ketagih Judi. Apa Kata Anda? | Memang zalim, kejam dan tak berhati perut manusia ni.. sanggup merantai anak di pokok kerana ketagihan judi. Nasib baik tidak berlaku di negara ini. Jika tidak pasti bapa budak ini bakal menerima kutukan dan hukuman.

Lihatlah gambar di atas, budak ini di rantai oleh bapanya di leher dengan rantai besi bermangga kemudian di tambat pada sebatang pokok. Memang kejam dan zalim !.

PHNOM PENH: Bosan dengan perangai anaknya yang ketagih berjudi, seorang bapa merantai remaja terbabit ke tiang elektrik sebagai hukuman ponteng sekolah, kata polis semalam.

Pegawai polis Battambang, Cheth Vanny, berkata lelaki terbabit dipercayai terlalu berang apabila mendapati anaknya itu leka berjudi di sebuah kafe siber berhampiran, sedangkan pada waktu itu dia sepatutnya pergi sekolah.

Katanya, remaja berusia 13 tahun itu kemudian dirantai di tempat awam sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

“Remaja terbabit mendakwa dia turut dipukul bapanya,” katanya.

Menurut Cheth, remaja itu hanya dibebaskan daripada ikatan kira-kira dua jam kemudian apabila orang ramai menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai insiden berkenaan.

Seorang tukang kunci turut dibawa ke lokasi bagi membuka mangga rantai itu, manakala bapa remaja terbabit melarikan diri dan kini diburu atas kesalahan mendera. – Sumber: AFP – ZonBebas

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

10 thoughts on “Bapak Ini Sanggup Rantai Anak Ketagih Judi. Apa Kata Anda?”

  1. hafiz says:

    macam nak ajar anak..memang tak berkesanler…
    hafiz recently posted…Perencah Mee Bandung Mak PonMy Profile

  2. kadang2 budak2 nakal ni suka mencabar mak bapak dia. tegur cara baik pun tak jalan la kot yg bapak dia terpaksa guna kekerasan macam ni
    lekatlekitgurl recently posted…BEDAK TANAKA TIADA KELULUSAN KKM??My Profile

  3. Ayah dia dah tak tahan lee tuuu dengan perangai si anak. tu yg sampai kena ikat. huhu
    Fifiyfitrianiee recently posted…BACA NI,ADIK-ADIK YANG TENGAH BERCINTAN CINTUN.My Profile

  4. liana rosli says:

    susah sgt nk ajar ank die kot..tu yg jadi camni..
    liana rosli recently posted…restoran “sup meletop” kat bandar tasik permaisuriMy Profile

  5. farah nur says:

    aku rasa tu ok lagi tu…. belum lagi pukul sampai lebam… baru je kena ikat kat pokok.. astaghfirullah…. baru 13 tahun dah pergi berjudi? adoii… mmg dah melampau nii

  6. farah syiffa says:

    bangang!!! babi!! dan sial!!! tak patut!!! budak sebaya saya juga yang nak dideranya…. anak patut dididik!! bukannya dirantai!!! dia bukannya kerbau pun. bapak dia yang bangang sangat hantarlah dia ke pusat pemulihan yat ye pun!!! ni nak rantai orang. hei… saya tak pahamlah!!

  7. hazrul says:

    skejap rantai kt pokot..tetibe tiang letrik..mne yg btol ni??btw mmg gila bpk dye ni

  8. muni says:

    Laa awal remaje memang mudah terikut,,,tegurla elok2….

  9. World WarZ says:

    Kehkehkeh…
    Akhir nya bapak dia yang cabut lari ..
    kehkehkeh…
    Sepatutnye kalau mengikut drama kehidupan kat Malaysia remaja tersebut yang cabut lari dari rumah.. Nie terbalik koong pulak bapak dia lak yang cabut lari..
    kehkehkeh..

    Kalau mengikut kewarasan seorang dewasa yang waras apa tah lagi kewarasan seorang bapa kepada anak kandung sendiri (yang ensem lah juga ) diperingkat awal remaja macam budak tu maka memang tak patut lah dia diperlakukan macam gitu. Cuba Pikiq lah adakah patut budak tu dirantai kemudian dipertonton didepan khalayak.
    Dia kan seorang manusia dan punyai perasaan dan emosi dan kalau dirantai ditambat diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri tentu emosi dia terjejas.
    Budak awal remaja memang nakal.. aku pun dulu diawal remaja pun nakal juga tapi akhirnye dapat juga 2 gulung ijazah menoreh getah..
    Yang penting sebagai ibu bapa jangan cepat putus berputus asa pada anak remaja yang nakal.. terus terusan tanpa jemu bagi nasehat dan bimbingan serta disiplin yang tegas pada mereka.
    Juga yang penting hormatlah juga perasaan dan emosi mereka walau dia anak kita .. memang kalau mengikut rangking memang anda yang lebih berkuasa. Tabi gunakan kuasa anda sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab tetapi bukan gunakan kuasa sebagai pendera …

  10. omg says:

    si anak ni pulak kecik2 dah pandai berjudi tp bukan bapak dia yang ajar…
    tu sbb kena rantai!
    nasib ko la budak….!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge