Bajet 2014 – Ramalan Untuk Rakyat Malaysia

bajet2014-bajet-2014.jpg

Bajet 2014 – Ramalan Untuk Rakyat Malaysia | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang Dr Fuh kasihi sekalian. Seperti yang kita semua tahu, pada petang ini iaitu pada jam 3.00 petang hari Jumaat bersamaan 25 Oktober 2013, Bajet 2013 akan dibentangkan oleh pihak kerajaan. Disini Dr Fuh ingin kongsikan beberapa ramalan atau jangkaan dalam pembentangan Bajet 2014 kepada rakyat Malaysia yang Dr Fuh kongsikan dari laman berita Astro Awani.

Bajet 2014 berkemungkinan besar menyaksikan kerajaan memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan sederhana dalam meringankan beban terutama bagi yang tinggal di kawasan bandar.

Antara masalah yang dihadapi mereka termasuk kos sara hidup yang tinggi, kos pengangkutan yang tinggi serta ketidakmampuan memilki rumah sendiri.

Setakat ini, kerajaan sudah pun berusaha ke arah membantu golongan-golongan berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah sendiri dengan melancarkan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) dan juga Skim Rumah Pertamaku mensasarkan golongan yang berpendapatan RM5,000 ke bawah berumur tidak lebih 35 tahun.

Bagaimanapun, masih ramai golongan yang tidak mendapat manfaat daripada skim ini kerana kebanyakan rumah-rumah di kawasan bandar masih terlalu mahal untuk skim yang hanya menghadkan harga rumah tidak lebih RM300,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pengumumannya untuk Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera telah berjanji akan memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada bumiputera melalui PR1MA dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dengan kerajaan negeri.

Program baru tersebut dijangka akan memberi fokus kepada mereka yang miskin bandar serta membolehkan golongan berkenaan memiliki rumah dalam lingkungan harga RM150,000 ke bawah.

Selain itu, Barisan Nasional dalam manifestonya ‘AkuJanji’ pada Pilihanraya Umum ke-13 lalu telah mengumumkan akan membina sejuta rumah mampu milik termasuk 500,000 unit di PR1MA yang digerak oleh sektor awam dan swasta.

Dalam pada itu Astro AWANI juga telah membuat satu kajiselidik tentang harapan serta rintihan mereka untuk Bajet kali ini.

Berdasarkan undian yang dibuat online itu, sebanyak 56 peratus pengguna meletakkan harga sebagai faktor yang mempengaruhi pembelian bahan makanan mereka, sementara 23 peratus meletakkan jenama sebagai faktor mereka.

Keputusan tersebut menunjukkan bahawa para pengguna mahukan harga yang murah ataupun berpatutan bagi barangan makanan.

Selain itu, perbandingan di antara pendapatan dengan barangan keperluan seperti barangan runcit dan makanan turut merupakan faktor yang penting bagi pengguna di Malaysia.

Kajiselidik menunjukkan sebanyak 64 peratus dari mereka masih merasakan bahawa harga barangan runcit dan makanan terlalu mahal jika dibandingkan dengan gaji yang mereka perolehi.

Bagaimanapun, 20 peratus berkata masih dapat menguruskan perbelanjaan sekiranya memasak sendiri.

Dari segi perbelanjaan pula, sebanyak 68 peratus responden menyatakan pengangkutan sebagai perbelanjaan mereka yang paling banyak.

Perbelanjaan untuk pengangkutan itu termasuk kos tambang pengangkutan awam, pinjaman kereta dan minyak. 20 peratus lagi menyatakan sewa rumah sebagai perbelanjaan mereka yang paling banyak, manakala 12 peratus lagi menyatakan perubatan dan makanan tambahan.

Bagi jenis pinjaman pula, lebih dari separuh responden atau 53 peratus mahukan pinjaman perumahan dikenakan kadar bunga yang rendah serta syarat yang berpatutan.

Sementara bagi faktor utama yang mempengaruhi pembelian hartanah pula, sebanyak 37 peratus menyatakan nilai hartanah pada masa hadapan sebagai faktor mereka.

25 peratus mahukan rumah yang mereka beli berhampiran dengan kemudahan sampingan seperti pasaraya, bank dan sekolah, manakala 24 peratus berdasarkan faktor jarak di antara bandar dan tempat bekerja dan 14 peratus lagi berdasarkan faktor pengangkutan awam.

Sementara itu, Astro AWANI turut meninjau komen yang diperolehi dari media sosial. Rata-rata dari mereka inginkan harga barang serta rumah yang lebih murah atau berpatutan.

Permudahkan pinjaman kereta dan pengeluaran KWSP. Biar rakyat menikmati hasil mereka jangan tunggu dah tua..supaya dapat melangsaikan hutang-hutang tertunggak,” kata sebuah komen dari ‘Cik Ita’.

Komen dari Qayyum Ikhwan pula mahu harga barang dan rumah diturunkan, disamping memberi insentif kepada keluarga yang mempunyai anak.

Komen dari Norlizan Gazali pula mahukan kesejahteraan dan kawalan harga barang. Katanya tiada maknanya bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika harga barang dam perkhidmatan terus meningkat.

Selain pandangan orang ramai, ada penganalisis pula yang berpendapat bahawa Bajet yang akan dibentangkan dijangka sebuah belanjawan yang seimbang dan fiskal bertanggungjawab.

Belanjawan itu juga dijangka akan digunakan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi semasa seperti yang dilihat dalam program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan dan sektor swasta.

Dipetik dari laman Astro Awani

Dr Fuh – Dengar khabar angin lepas perbentangan Bajet 2014 ni harga minyak dan harga barang akan naik lagi bermula 1 November 2013? Apa-apa pon kita tnunggu lah keputusannya. Sama-sama kita doa semoga Bajet 2014 ini memberi kesan positif kepada seluruh rakyat Malaysia.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Bajet 2014 – Ramalan Untuk Rakyat Malaysia”

  1. Tertarik dengan Komen dari Norlizan Gazali. Tiada makna BR1M jika harga barang dan perkhidmatan terus naik. apa2 pun harapan saya selaku rakyat Malaysia, semoga bajet kali ini memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat..
    Aniqbukhary32 recently posted…Maksud ‘berhijab’ yang cukup menyentuh dari Oki Setiana DewiMy Profile

  2. kucinghitam says:

    setiap kali pembentangan budget ramai tertunggu tp ada jer yg xcukup kan hehe

  3. lahabau says:

    budget cantek atas kertas boley le….realiti dan hakikat kos idop makin tinggi barang2 semua naik…dlm sethn setgh tu komperm akan naik lagi….

    2014 tarif air dan letrik komperm akan naik….

    yg bujang cukup2 je kalo 2k kalo tak bg kat mak bapak dan adik beradik

    yg dah kawen masih lagi seronok dibuai hayalan…

    yg dah ada anak 2 3 org baru le tau langit tinggi rendah

  4. It is possible to surely visit your knowledge of the repair you are submitting. A field desires for far more ardent internet writers as if you exactly who are certainly not afraid to say where did they imagine. Always observe ones soul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge