Bahaya Hubungan Kelamin Ketika Isteri Haid

seks-ketika-haid.jpg

Bahaya Hubungan Kelamin Ketika Isteri Haid | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada para pembaca yang Dr Fuh kasihi sekalian. Mungkin ramai diantara kita ketahui bahawa Islam tidak membenarkan pasangan suami isteri melakukan seks ketika isteri haid. Tetapi berapa ramai diantara kita yang tahu tentang bahaya melakukan hubungan kelamin ketika isteri haid? So harini Dr FUh nak share artikel berkenaan Bahaya Hubungan Kelamin Ketika Isteri Haid.

Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj.

Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan.
Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.

Malah, ada juga kemungkinan jangkitan terbabit merebak terus ke dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia, yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

Hubungan seksual ketika haid juga mengundang risiko berlakunya pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan.

Kajian Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,

menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.

Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita.

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan,

wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa. – Sumber Asal

Dr Fuh – Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada pasangan suami isteri diluar sana. renung-renungkan dan selamat beramal 😀

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

2 thoughts on “Bahaya Hubungan Kelamin Ketika Isteri Haid”

  1. Setiap apa yang di larang/di tegah dalam Islam tu takde satu pun sia2 & tanpa sebab musabab. Alah bukan lama pun.. paling lama 7 hari je kot. Tu pun tak boleh sabar ke?? kekekekekek
    lekatlekitgurl recently posted…CARA JIN MEMBIAK DAN BOLEHKAH MANUSIA DAN JIN BERKAHWIN?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge