Bahan Berasaskan Babi Yang Tersembunyi Di Sebalik Nama Teknikal

Bahan Berasaskan Babi Yang Tersembunyi Di Sebalik Nama-Nama Teknikal

Bahan Berasaskan Babi Yang Tersembunyi Di Sebalik Nama Teknikal | Beberapa hari kebelakangan ini, negara digemparkan dengan penemuan DNA babi di dalam coklat yang digemari ramai: Cadbury. Timbul pelbagai reaksi daripada orang ramai mengenai penemuan tersebut. Tidak kurang juga yang menyalahkan pihak-pihak tertentu berkenaan status halal coklat tersebut. Bagi Zyra, memang taklah kan nak beli lagi coklat Cadbury lepasni, walaupun pihak Cadbury bersumpah laknat sekalipun bahawa produk mereka bebas dari unsur babi. Hmph! Percaya atau tidak, Zyra rasa ramai umat Islam yang dah termakan babi, bukan sahaja dari coklat tersebut, malah dari bermacam jenis produk lagi yang mengandungi babi secara tersembunyi.

Di sini Zyra ingin kongsikan beberapa ‘nama samaran’ bagi binatang babi ini yang digunakan dalam industri makanan. Zyra ambil info ini daripada sebuah artikel yang ditulis oleh golongan vegetarian dari Barat yang juga tidak suka terdapatnya elemen babi dalam makanan mereka yang kononnya diperbuat 100% dari tumbuh-tumbuhan.

Ya, kita dah termakan babi. Bukan daging babi atau dikenali sebagai ‘pork’, tetapi organ – organ babi yang lain — cebisan-cebisan yang ditinggalkan di dalam rumah penyembelihan setelah semua daging dilapah dan dijual. Gelatin yang diperoleh dari kulit babi dapat meliatkan gula-gula getah dan menambahkan rasa berkrim dalam kek keju dan tiramisu. Protin dari bulu babi pula menjadikan roti lebih liat dan segar dengan lebih lama. Pinggan yang digunakan untuk makan juga boleh mengandungi abu dari tulang babi, dan sapu tangan yang digunakan mungkin diperbuat daripada gelatin tulang babi.

Bahan Berasaskan Babi Yang Tersembunyi Di Sebalik Nama-Nama Teknikal

Apa yang lebih mengecewakan? Kebanyakan produk TIDAK dilabelkan untuk memberitahu pengguna berkenaan kandungan sebenar.

Seringkali, pengilang akan dengan sengaja membuang perkataan ‘haiwan’ daripada senarai bahan kandungan produk. Sebagai contoh, hydrolyzed animal protein menjadi hydrolyzed collagen, dan protin dari haiwan dilabelkan sebagaiL-cysteine. Terdapat beribu-ribu lagi nama-nama teknikal dan nama yang telah dipatenkan untuk ramuan yang bervariasi yang boleh muncul di dalam label produk. Untuk menambahkan lagi kekeliruan, tedapat organ babi yang tidak terdapat dalam produk akhir tetapi digunakan dalam proses pengilangan: cebisan tulang babi digunakan untuk menjernihkan gula putih; Ini semestinya tidak perlu diberitahu oleh pengilang.

Berikut merupakan bahan tambahan makanan yang berasaskan babi yang tersembunyi dari pandangan nyata:

stearic acid yang diperbuat daripada lemak babi ditemui dalam perasa vanila dan lapisan luar pil
pepsin, satu enzim daripada perut babi, boleh digunakan dalam pembuatan keju.

calcium stearate daripada lemak babi seringkali ditemui dalam garam bawang putih dan campuran rempah.

Coklat bertenaga lazimnya bergantung kepada collagen yang diperoleh dari kulit babi sebagai sumber protin.

gelatin dari kulit babi digunakan untuk menyerap elemen keruh daripada jus buah-buahan, menambahkan tekstur ke dalam bahan pencicah dan sapuan rendah lemak seperti mentega, dan dapat memotong pembentukan kristal gula dalam aiskrim; ia juga dicampurkan ke dalam marshmallow, yogurt, dan bijirin sarapan.

Beberapa nama lain untuk bahan berasaskan babi yang biasa ditemui oleh mereka yang rajin membaca label produk adalah capric acid (decanoic acid)glucose (dextrose)glycerides, sodium stearoyl lactylate, dan oleic acid (oleinic acid).

Penggunaan babi dalam makanan dan barangan bukan makanan dibongkar dalam sebuah buku yang berjudul Pig 05049. Bahagian-bahagian seekor babi, dikenali melalui tanda telinga yang bernombor 05049, didokumenkan dan difotograf semasa ia dibawa pergi dari rumah penyembelihan ke dalam rantaian makanan yang global dan kompleks. Hasilnya yang menggemparkan adalah bagaimana ia menjadi 185 produk berbeza hanya daripada seekor babi!

Kenalpasti setiap bahan yang terdapat di dapur anda. Laman web PETA mempunyai senarai bahan makanan yang sering diambil daripada haiwan. Ia bukan sahaja berguna untuk mereka yang vegetarian, tetapi juga boleh mejadi rujukan buat kita, sebagai muslim untuk menghindari produk-produk yang mengandungi haiwan babi. Selain itu, pengguna iPhone boleh juga memuat turun aplikasi iVegan sebagai rujukan untuk pelbagai bahan makanan yang berasaskan haiwan (termasuk babi) yang tersembunyi.

Berikut merupakan nama-nama lain bagi babi selain daripada ‘pig’. Artikel ni di ambil dari salah satu entri blog Zyra. Segala ilustrasi adalah sekadar suka-suka, untuk imej yang lebih sahih, sila gunakan khidmat Google 🙂

 
– Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan. Korang dah biasa kan dengan tanda ‘strictly no pork‘ yang digunakan oleh syarikat bakery yang tidak mempunyai logo halal. Perlu hati-hati kerana walaupun tiada ‘pork’, mungkin juga mereka menggunakan bahan lain dari sumber babi.
-Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi  dan yang sama waktu dengannya. Tak kiralah cucu ke, babi bawah umur ke. Nampak je pekataan ni, sila berhati-hati!
-Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg. Dah cukup matang untuk diproses.
-Babi liar. Berbulu gelap, bulu tu memang best dibuat berus lukisan dan berus cat, kata tokey kedai cat, Ah Keong (bukan nama sebenar)
-Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun. Elakkan beli sabun yang ada lelemak binatang, walau lemak harimau pun, jangan beli.
-Daging haiwan yang disalai, termasuk babi. Menjadi menu sarapan orang barat, berbentuk nipis-nipis, bila masak ala-ala keropok leko garing.
-Daging pada bahagian paha babi (sila hati-hati dengan hamburger ok).
-Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan) Jangan guna untuk gelarkan orang pompuan pulak.
-Susu babi. Yang pasti, bukan soy milk.
-Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi. AWAS!

Zyra rasa sangat kecewa dengan perkara yang membabitkan babi dalam bahan makanan. Sebagai sebuah negara Islam, perkara ini tidak seharusnya berlaku. Setiap bahan makanan terutamanya dari syarikat-syarikat luar perlu dilakukan ujian terlebih dahulu sebelum dipasarkan di Malaysia. JAKIM sepatutnya membuat berbagai ujian dan kajian yang telus dan teliti sebelum memberi sijil dan status halal kepada syarikat-syarikat besar seperti Cadbury. Ini akan memberi kesan kepada akidah dan juga membabitkan soal darah daging kita, ibarat pepatah inggeris: “You are what you eat

Semoga Allah S.W.T mengampuni dosa-dosa kita, merahmati dan melindungi kita daripada termakan bahan-bahan yang haram di sisi agama Islam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments