Azean Irdawaty Meninggal Dunia

azean-irdawaty-meninggal-dunia+fuh.my_.jpg

Azean Irdawaty Meninggal Dunia – Innalillah | Al-Fatihah. Pemergian primadona filem Melayu, Azean Irdawaty diterima dengan tenang oleh penggiat seni tempatan. Terkejut Dr Fuh dengar berita primadona Azean Irdawaty meninggal dunia.

Azean Irdawaty Meninggal Dunia

Azean Irdawaty Meninggal Dunia. Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada petang Selasa. Punca kematian Azean Irdawaty

Tinggal kenangan – Gambar benjy bersama ibu tersayang Azean Irdawaty

PRIMODANA filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya Selangor malam ini.

Allahyarham menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Difahamkan, pelakon itu meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di depan suaminya. Khairil Anwar dan juga anak-anak.

Ini disahkan oleh Pengarang hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah atau dikenali sebagai Kak Cham menerusi Twitternya sebentar tadi.

“Kita pasti merindui dia. Alfatihah seniwati Azean Irdawati yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Alfatihah,” katanya.

Pemergian Azean turut mendapat reaksi daripada beberapa rakan artis yang mengucapkan takziah antaranya adalah Umie Aida.

Allahyarham merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70-an dan namanya meledak di layar perak akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarham meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. – Sinar Harian

Takziah Dr Fuh ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Azean Irdawaty. Sama-sama kita hadiahkan surah Al-Fatihah kepada beliau dan berdoa agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Innalillah.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Azean Irdawaty Meninggal Dunia”

  1. Hey there would you mind letting me know
    which webhost you’re using? I’ve loaded your blog in 3 different web browsers and I must
    say this blog loads a lot quicker then most. Can you suggest a good internet
    hosting provider at a fair price? Thanks, I appreciate
    it!
    Free kfc vouchers recently posted…Free kfc vouchersMy Profile

  2. Very good blog post. I defunitely appreciate thus site.
    Stick with it!

    Feel frree to visit my weblog: garcinia cambogia pure reviews
    garcinia cambogia pure reviews recently posted…garcinia cambogia pure reviewsMy Profile

  3. Malorie says:

    I’m really loving the theme/design off your blog.
    Do youu ever run into anny web browser compatibility issues?
    A handful of my blog audience have complained about my site not operating
    correctly in Explorer but lolks great in Opera.
    Do you have any tips tto help fix this issue?

    my web site :: vita ketone dr ooz (Malorie)
    Malorie recently posted…MalorieMy Profile

  4. Ahaa, its nnice conversation about this post here at this blog, I have read all that, so now me also
    commenting at this place.

    Feel free to viskt mmy blog post :: renew life organic essential detox
    renew life organic essential detox recently posted…renew life organic essential detoxMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge