Ayat Terakhir Kanak-Kanak Syria Ini Sebelum Mati

Ayat Terakhir Kanak-Kanak Syria Ini Sebelum Mati

Ayat Terakhir Kanak-Kanak Syria Ini Sebelum Mati | Gambar kanak-kanak Syria ini telah menghantui dan berlegar di sekitar internet dengan ayat:

Kata-kata terkahir seorang budak Syria yang berumur 3 tahun sebelum mati: “Saya akan beritahu Tuhan segalanya”

Dan ia memang benar-benar menghantui. Sukar untuk mengesahkan tetapi gambar tersebut menceritakan segalanya tentang kesakitan dan keperitan yang ditanggung rakyat Syria pada masa ini. Ramai yang akan berkata begini disebabkan oleh presiden Bashar al-Assad adalah seorang pembunuh yang tidak berperikemanusiaan. Dan ia hampir benar. Seperti kebanyakkan ketua kerajaan lain, dia telah berkecimpung dalam peperangan dan dengan peperangan itu telah terhasil kematian ratusan ribu nyawa dan lebih 1 juta rakyat Syria sekarang hidup dalam kem pelarian.

Bukan setakat itu sahaja. Ini merupakan hasil daripada perang tersorok yang dicetuskan oleh Amerika, Israel dan negara-negara Sunni seperti Qatar dan Arab Saudi. Keinginan untuk menjatuhkan diktator seperti al-Assad adalah atas dasar geo-politik. Jika Syria dijatuhkan, pengaruh Iran dia kawasan tersebut akan mejadi neutral. Ia menjadi semakin buruk sehinggakan al-Qaeda sekarang berganding bahu dengan kerajaan Amerika Syarikat bagi melawan al-Assad, dan Bashar al-Assad berserta kerajaannya berlawan balas al-Qaeda. Dan rakyat Syria menjadi mangsa peperangan proksi global ini.

Sampai di satu tahap, sukar untuk mengenalpasti sama ada senjata kimia yang digunaka di Syria adalah hasil daripada al-Qaeda ataupun kerajaan Syria. Dari segi perisikan dan propaganda, ia adalah sangat sukar untuk medapatkan kebenaran daripada fiksyen. Tetapi tiada siapa dapat menidakkan bahawa Syria adalah sebuah negara yang sangat stabil sehinggalah campur tangan U.S. dengan membawa tembakan senapang ke dalam negara itu. U.S. bukan membawa demokrasi kepada dunia, tetapi adalah sebaliknya.

Sebagai seorang muslim, kita telah sedia tahu bahawa Allah SWT itu maha mengetahui, walaupun tanpa kanak-kanak malang itu menceritakan segala apa yang berlaku kepada-Nya. Dan kita juga tahu kanak-kanak tersebut sedang berbahagia di syurga.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments