AWAS!! Penipuan Kad Bank Yang Perlu Anda Tahu!

kad-bank.jpg

AWAS!! Penipuan Kad Bank Yang Perlu Anda Tahu! | Untuk semua pembaca, just nk SHARE apa yang berlaku pada saya tempohari.

Waktu : 10.30pg
Panggilan : Dari PRIVATE NUMBER

PERBUALAN PUN BERMULA..

Scammer : selamat pagi boleh bercakap dgn en. xxxx ?
Saya : Ye sy bercakap, siapa ni?

Scammer : Maaf kerana mengganggu…..saya buat panggilan daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad yang sedang encik gunakan.
Saya: Bank mana yea?

Scammer : Saya daripada pusat panggilan mayxxx di putrajaya, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank yang encik sedang gunakan.
Saya: Oh ok

Scammer : Baik..encik masih lagi menggunakan kad ini ye?
Saya: ye sy…

Scammer : dah brapa lama ia digunakan?
Saya: Hampir 10 tahun…

Scammer: Ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Saya: ye btol…

Scammer : boleh en lengkapkan no 8 terakhir

( AWAS…JANGAN SESEKALI BERI NO KAD ANDA KEPADA ORANG YG TIDAK DI KENALI )

Saya : Nak buat apa yea??
Scammer : Saya nk buat pengesahan yang awk ni pemegang kad berkenaan.

Saya : (putar sket kapla dier) Okay.. dari bank kan?? boleh beri butiran diri saya x?
Scammer : Kami tidak mempunyai butiran peribadi anda kerana ianya melanggar hak pengguna.

Saya : Kata dari bank, takkan tak tau butiran saya, xpayah susah² , beri nama ibu saya sahaja.
Scammer : Akaun encik akan di terminate jika tidak memberi kerjasama

Saya : Okay sila terminate.
Scammer : &%*&@(*(@&^%@ (makian hamun di berikan)

INGAT… JANGAN SESEKALI MEMBERIKAN BUTIRAN KAD ANDA, TERUTAMA SEKALI 3 DIGIT DI BELAKANG TU.. SEBAB SINDIKET BOLEH MEMBUAT PEMBAYARAN MELALUI KAD ANDA (DEBIT/ KREDIT)

SHARE UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA.. BERHATI² SELALU.

Dipetik dari page fb gempak.org

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

15 thoughts on “AWAS!! Penipuan Kad Bank Yang Perlu Anda Tahu!”

  1. hafiz says:

    peringatan yang bagus..macam2 cara diaorg nak sebat duit kita..
    hafiz recently posted…Diserang sakit mataMy Profile

  2. hafiz says:

    Lupa plak nice theme…
    hafiz recently posted…Diserang sakit mataMy Profile

  3. Nazmi says:

    Saya dah kena dulu .. giler diorang nie wat kerja .. nasib bek kepala saya pening waktu tue .. so saya pusing diorang balik! kahkahkah

    Tapi waktu saya kena diorang suruh saya tukar ke kad maybank yang lebih ofisyen .. yang mebolehkan kita guna untuk amakn dekat kedai dengan harga potongan yang cukup lumayan!

    Awas Sape yang terkena!

    Jangan sesekali termakan dengan pujuk rayu mereka

    then last sekali diorang maki2 haha ..
    Nazmi recently posted…Zero Cost System With EZ Money FormulaMy Profile

  4. azrijohan says:

    kaki kencing betul depa ni
    azrijohan recently posted…Harga Tiket di Genting Highland MalaysiaMy Profile

  5. Mawardiyunus says:

    kah2.. sialan kiki
    Mawardiyunus recently posted…ERL Lancar Sistem Tiket BaruMy Profile

  6. Brader says:

    Brader dah kena dulu, siap dia boleh bgtau ic, no phone mana dapat ntah dan nombor kredit kad. Dia call pulak memang nombor dari bank tu. Tu yang pelik dari mana dia dapat semua info. Modus operandi akan cakap ada kredit kad tak setel (walau kita tak ada kredit kad) dan Bank Negara nak black list nama kita. Report polis dah dulu, polis bgtau memang ada group diaorang, 2 lelaki dan sorang perempuan. Ramai dah kena. Polis bgtau diaorang boleh pintas line bank berkenaan, cara diaorang buat camner tak tau la. Lagi polis bgtau diaorang nak bagi kita gabra dan ikut cakap diaorang lepas tu, suruh bank in duit la. Nasib baik brader terlintas nak call balik bank berkenaan, diaorang check memang nama brader tak ada kad bank tu.

    Pengajaran dia:
    i. call balik bank tu minta pengesahan
    ii. buat report polis
    iii. paling peting, jangan gabra bawak bertenang

    So hati-hati

  7. Amirul Ramli says:

    Terbaaik broo.. dulu aku selalu kena.. ade je yang tepon jadi insuran company la, bank laa, tah mane tah dapat no tepon tu tak tahu laa.. Harap lepas ni takde lah perkara macam ni berlaku lagi
    Amirul Ramli recently posted…Bagaimana cara untuk rasa gembira dan tenang dalam masa 10 saatMy Profile

  8. Brader says:

    Yang insuran company pun satu hal nak suruh beli insuran dia, selalunya nombor ni 03-20357230. Nombor ni every month naik, Bulan lepas dan bulan ni byk kali plak dia call. Mana dapat info brader tak tau. Bangang punya syarikat insuran. Kalau naik nombor ni jangan angkat. Ada 2 lagi nombor 03-27178000 & 014-7283088. Harap maklum.

  9. fyna says:

    pergghhh… memang beranilah scammer tue. kena hati-hati.
    fyna recently posted…Tips Blogging Terbaik : I’m Not A RobotMy Profile

  10. Aku baru je terkena maybank visa debit.tapi xde la org kol ke apa.cmana tah diorg boleh debit duit aku,padahal aku xbeli brg apa pun.bila aku siasat,benda ni kerja org dalam maybank,pukul 7.15am & 8.15am diorg buat kerja.
    Major Raidenovich recently posted…Bangga Atau Tak Sengaja?My Profile

  11. kalau perompak dapat kidnap kad wa pun mesti derang menyesal seumur hidup sbb dlm bank wa tak de duit pun huhuhu

  12. percayalah klw derang dpt kad aku derang akan menyesal seumur hidup

  13. nego says:

    seb bek aku simpan duit bwh bntal..xde bank langsung huhu
    nego recently posted…#>>Tutorial membeli ProdukMy Profile

  14. World WarZ says:

    Cerita pasal kad ATM debit/kredit nie aku pun kena sekali juga kat maybank di auto teller mechine masa tu pagi kul 0700,
    Aku cucuk kad TM sedang diproses kemudian pilih bahasa dan masukkan pin dan tekan wang segera (pengeluaran maksimum) dan mesen pun berkerja prap prap prap kapkapkap papapap dan sila ambil kad anda.
    Masa sedang aku masukan kad dalam purse duit kat mesen pun kuar …. tapi tiba tiba mat kat belakang aku rampas duit aku tu dari mulut mesen lalu lari kuar dan kawan dia dah tunggu kat atas motor brummm lalu pergi tinggal aku putih mata kat situ.
    Nak cucuk semula dah tak buleh sebab dah buat pengeluaran had maksimum tadi … oh tidak tidak

    Tapi sib baik dalam purse aku maseh ada duit lagi kalau tidak kapal angkasa aku pun tak leh terbang sebab minyak dah nak kering. juga nak sarapan pagi sambil ngorat janda lawa kat restoren peberat aku pun tak dapat kalau purse aku pun dia rampas sekali tadi..
    Jahat dan kuang ajor simaling itu kahkahkah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge