Asal Usul Nama ‘Teddy Bear’

Asal Usul Nama 'Teddy Bear'

Asal Usul Nama ‘Teddy Bear’ | Patung beruang atau lebih dikenali dengan panggilan ‘teddy bear‘ tidak asing lagi bagi kita semua. Beruang comel ini kerap menjadi peneman tidur kanak-kanak kerana bulunya yang ¬†lembut serta bentuknya yang montel membuatkan ia seronok untuk dipeluk. Tapi, dari mana datangnya nama teddy bear itu? Jom kita baca sama-sama ūüėČ

Theodore (Teddy) Roosevelt, presiden Amerika Syarikat yang ke-26 adalah individu yang bertanggungjawab memberikan nama teddy bear kepada patung beruang. Pada 14 November 1902, Roosevelt telah membantu untuk menyelesaikan salah faham berhubung sempadan antara Mississippi dan Louisiana. Sewaktu masa lapang beliau di situ, beliau telah mengikuti aktiviti memburu beruang di Mississippi. Ketika sedang berburu, Roosevelt terjumpa seekor anak beruang yang tercedera dan segera mengarahkan pembunuhan belas kasihan terhadap haiwan itu supaya ia tidak lagi menderita.

Asal Usul Nama 'Teddy Bear'

Akhbar¬†The Washington Post telah menerbitkan sebuah kartun yang dilukis oleh kartunis politik, Clifford K. Berryman yang mengilustrasikan peristiwa tersebut. Kartun tersebut dikenali sebagai¬†“Drawing the Line in Mississippi” dan menggambarkan kedua buah negara yang berbalah mengenai sempadan dan pemburuan beruang. Pada mulanya Berryman melukis beruang itu sebagai seekor haiwan yang bengis dan sedang membunuh seekor anjing pemburu. Berryman kemudiannya melukis semula beruang tersebut untuk menjadikannya lebih comel.

Kartun tersebut bersama cerita yang dibawakannya mejadi terkenal dan dalam masa setahun, kartun tersebut telah diolah menjadi mainan kepada kanak-kanak yang diberi nama teddy bear.

Siapa pula yang mencipta mainan patung beruang yang pertama yang dinamakan teddy bear?

Terdapat beberapa versi kisah mengenainya, dan berikut merupakan kisah yang paling terkenal:

Morris Michtom adalah orang pertama yang menghasilkan patung beruang mainan yang diberi nama teddy bear secara rasmi. Michtom mempunyai sebuah kedai gula-gula di Brooklyn, New York. Isterinya Rose, menghasilkan beruang mainan untuk dijual di kedai mereka. Michtom menghantar salah satu beruang tersebut kepada Roosevelt dan meminta kebenaran beliau untuk menggunakan nama teddy bear. Dalam masa setahun, Michtom telah memulakan syarikatnya sendiri yang bernama Ideal Novelty and Toy Company.

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang dapat memastikan kisah sebenar tentang siapa orang pertama yang menghasilkan beruang teddy bear ini.

Zyra sendiri lebih sukakan teddy bear berbanding anak patung, comel! ūüėÄ

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments