Apple Melancarkan Perisian Terkini: iOS 8

Apple Melancarkan Perisian Terkini: iOS 8

Apple Melancarkan Perisian Terkini: iOS 8 | Apple telah mengumumkan perubahan yang radikal terhadap perisian Mac keluaran mereka bersama-sama dengan perisian terbaru iOS 8. Perisian iOS yang terkini itu mempunyai notifikasi yang berinteraktif, papaan kekunci yang dapat menjangka apa yang pengguna ingin taip, dan gaya Snapchat yang mempunyai butang penghapus diri untuk mesej audio dan video.

Dalam pada itu, rekaan perisian Mac yang terbaru telah mengambil banyak konsep yang dilihat dari iOS 7 pada tahun lepas, dan ditambah dengan ciri-ciri utama seperti berkebolehan untuk melakukan carian di Wikipedia dan laman sesawang secara terus dari skrin utama.

Apple Melancarkan Perisian Terkini: iOS 8

Ciri-ciri terbaru dalam iOS 8:

  •  iOS 8 ini mempunyai sistem notifikasi yang baru, bermakna pengguna boleh bertindak balas tanpa perlu membuka dan menukar aplikasi.
  • Sistem terbaru mesej bervideo memudahkan pengguna untuk menghantar mesej video dan audio, dan kesemua mesej ini boleh disetkan supaya terhapus dengan sendiri, tidak seperti Snapchat
  • Papan kekunci iPhone telah diperbaharui dengan sistem QuickType yang terbaru yang dapat menjangka perkataan yang mungkin sekali akan digunakan oleh pengguna, dan dapat mengetahui bagaimana pengguna menaip dari semasa ke semasa
  • Spotlight telah diperbaharui supaya menjadikan pencarian lebih baik.
  • Mesej telah di dikemaskini supaya lebih mudah untuk dikendalikan dan untuk memudahkan penyertaan dalam perbualan berkumpulan
  • Aplikasi yang banyak menjadi bualan, aplikasi Health akan menyatukan data dari gelang pengesanan kercergasan dan sistem-sistem lain
  • Applikasi perkongsian sekeluarga membolehkan seisi keluarga berkongsi kalendar, gambar dan juga carian telefon.
  • Ibubapa boleh melihat apa yang anak-anak mereka beli dalam talian, dan memuat turun applikasi, muzik dan filem dengan menggunakan akaun yang sama. Sistem akan menghantar mesej kepada ibubapa secara automatik jika anak-anak mereka cuba untuk membeli perisian secara dalam talian.

Apple Melancarkan Perisian Terkini: iOS 8

Ketua Apple, Tim Cook berkata perisian firma itu telah direka semula secara keseluruhannya supaya dapat bekerja bersama-sama dengan lebih ‘lancar’. Menurut Tim, applikasi Mesej adalah yang paling kerap digunakan oleh pengguna, dan ia telah dikemaskini bagi menjadikannya lebih mudah untuk dikendalikan.

Ciri-ciri terbaru dalam Mac OS X Yosemite

  • Perisian ini telah direka semula supaya kelihatan lebih ‘tipis’ – untuk menyerupai versi perisian iOS yang terkini yang boleh dilihat pada iPhone dan iPad – dalam sebuah projek yang diketuai oleh ketua pereka, Sir Jonathan Ive.
  • Ia juga turut mempunyai mode terbaru yang membolehkan pengguna menukar skema warna dengan mudah, dan didatangkan dengan servis penyimpanan dalam talian yang baru yang dikenali sebagai iCloud Drive, membolehkan pengguna menyelaraskan secara automatik fail yang diperoleh daripada Mac yang berlainan, iPhone, iPad dan juga dari komputer Windows.
  • Pengemaskinian perisian ini akan menambahbaikkan jangka hayat bateri, dan ditambah dengan pilihan ‘markup’ yang baharu yang mebolehkan pengguna menganotasi gambar-gambar yang mereka ingin e-melkan
  • Firma tersebut juga turut meningkatkan cara bagaimana Mac, iPad dan iPhone berkerja bersama. Sebagai contoh, ciri terbaru yang dikenali sebagai Continuity membolehkan pengguna memasukkan fail ke dalam telefon mereka yang diambil dari Mac, manakala Handoff membolehkan pengguna bertukar-tukar diantara alat dan dapat ‘mengambil semula’ secara automatik apa sahaja yang ditinggalkan oleh pengguna – walaupun emel yang ditulis separuh.
  • Selain itu, Yosemite kini dapat menyokong SMS dan panggilan telefon bagi Mac, bermakna, pengguna dapat menghantar teks daripada Mac mereka, dan juga boleh menggunakan Mac sebagai telefon berpembesar suara. Pengguna dapat mendail iPhone mereka dengan menggunakan Mac.

Apple Melancarkan Perisian Terkini: iOS 8

Apple sedang bekerjasama bersama dengan Mayo Clinic untuk membolehkan data dikongsi dengan doktor secara automatik, dan memberitahu mereka jika bacaan terlalu tinggi, sebagai contoh. Selain itu, Apple turut menambahkan HomeKit, sebuah sistem yang membolehkan pengguna untuk mengawal perkakasan rumah dan menukarkan iPhone mereka menjadi alat kawalan jauh. Ia membolehkan iPhone membuka pintu, mengawal lampu, dan juga mematuhi perintah seperti ‘bersedia untuk tidur’ yang dapat menyamarkan lampu dan mengunci kesemua pintu.

Perisian baru Mac OS X 10.10 Yosemite boleh didapati pada musim luruh ini, dan ianya adalah secara percuma.   Worldwide Developer Conference (WWDC) merupakan acara tahunan yang mana syarikat mendedahkan siri produk dan perisian terbaru kepada pemaju. Baru-baru ini, acara tersebut telah memfokuskan secara pra-dominan terhadap perisian Apple, termasuklah iOS yang terdapat pada iPhone, iPad dan iPod sentuh, dan OS X bagi rangkaian Mac mereka.

Apple Melancarkan Perisian Terkini: iOS 8

Pelancaran perkakasan utama akan ditunda sehingga acara tahunan Apple yang akan diadakan pada bulan September. Bercakap kepada 5,000 pemaju di California, Tim berkata: “Kita berada di sini untuk meraikan komuniti pemaju, dan jumlah kehidupan yang telahdiperkayakan oleh mereka. Pemaju termuda kita berusia 13 tahun, dan kita akan melihat aplikasi daripadanya untuk jangka masa yang lama. Kita berkumpul untuk bercakap mengenai Mac OS dan iOS. Walaupun industri telah menurun sebanyak 5%, Mac telah meningkat sebanyak 12%”

Pada acara tahun lepas, Timbalan Pengerusi Kejuruteraan Perisian Apple, Craig Federighi telah memperkenalkan iOS 7 – yang telah dilihat sebagai satu langkah yang besar daripada versi terdahulu bagi perisian telefon pintar. Ia merupakan langkah pertama yang terbesar dalam perubahan sistem pengoperasian sejak Timbalan Presiden Rekaan Apple, Sir Jonathan Ive, ditugaskan untuk bahagian perisian pada Oktober 2013.

Ia merupakan rekaan semula yang lengkap, dan ramai mengkritik dengan mengatakan ia terlalu menyerupai pesaing mereka iaitu sistem Android dari Google. Apple juga dikatakan sedang berusaha untuk melancarkan platform Smart Home (kediaman pintar) yang akan membolehkan alatan iOS mengawal perkakasan rumah yang sedang berhubung. Google juga sedang dalam proses untuk melaksanakan kediaman pintar dengan pembelian Nest Labs, dan ini boleh menjadi pertarungan yang hebat bagi kedua-dua syarikat tersebut.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments