Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Seks – Bukan Entri Lucah

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Seks. Inilah lima perkara penting anda harus tahu untuk mengeratkan hubungan intim bersama pasangan SAH anda

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Seks – Bukan Entri Lucah! | Kenapa Dr Fuh mention “Bukan Entri Lucah”? Ye lah, takut nanti ada yang tersalah anggap kata Dr Fuh gila trafik dengan mengeluarkan entri lucah pula. Maaf ye, itu bukan cara Dr Fuh. Cuma Dr Fuh tertarik untuk berkongsi artikel informasi ni kerana semua orang pasti sedang, telah atau akan melalui gerbang perkahwinan. Jadi, baca info ini untuk kesihatan dan kebaikan anda.

Seperti yang anda tahu, kehidupan ini dipenuhi pelbagai kesibukan harian. Sebelum kita sedar, hubungan seks kita telah menjadi kurang menarik dan membosankan. Gaya hidup kita merupakan sebab utama untuk hubungan intim yang lebih erat, namun kita sering abaikan kesihatan, masa peribadi dan juga pemakanan kita setiap hari.

Inilah lima perkara penting anda harus tahu untuk mengeratkan hubungan intim bersama pasangan SAH anda, pasangan couple atau skandel jangan gatal nak cuba!!

Diet lemak rendah

Jika anda memilih diet rendah lemak, anda juga mengalami libido rendah. Diet lemak rendah tidak menjana kepada ‘sex drive’. Jadi, ia adalah lebih baik untuk anda masukkan makanan tanpa lemak tepu tetapi tinggi dengan vitamin seperti kacang badam, minyak zaitun atau ikan salmon.

Kurang tidur

Bekerja hingga lewat malam lagi? Kurang rehat dan kurang tidur, terutamanya bagi kaum lelaki boleh menjejaskan hubungan seks anda. Suatu kajian yang telah dijalankan oleh University of Chicage dapati lelaki yang tidur kurang daripada lima jam (untuk seminggu atau lebih) akan alami tahap testosteron rendah berbanding mereka yang tidur secukupnya. Oleh itu, para lelaki harus ambil masa untuk tidur awal dan lupakan segala kerja sehingga keesokan hari.

Kenaikkan berat badan

Orang yang berbadan besar atau gempak tidak semestinya mempunyai libido rendah, tetapi mereka yang baru sahaja naik berat badan akan rasa kurang seksi. Maka, kenaikkan berat badan boleh menjadi penyebab anda rasa tidak berkeyakinan dan tidak selesa dengan badan anda. Ia adalah lebih baik untuk kurangkan makanan tidak berkhasiat dan manis agar berat badan boleh dikawal.

Bersenam

Para wanita, inilah masanya untuk anda bersenam di gim (atau di rumah). ‘Squat’ adalah senaman paling berkesan untuk bantu darah mengalir ke kawasan organ jantina untuk para wanita. Selain daripada itu, senaman juga bantu membina stamina dan merembeskan hormon baik iaitu endorfin

Merokok

Seperti yang anda tahu, merokok adalah tidak baik untuk kesihatan. Orang yang tidak merokok boleh bernafas dengan lebih dalam dan tidak senang sesak nafas. Merokok menjejaskan sistem respitarori yang menjadikan anda sukar melakukan aktiviti fizikal, termasuklah aktif dalam bilik tidur bersama pasangan anda. Libido anda mungkin tinggi, tetapi anda tidak dapat fokus apabila sering kurang nafas.

Artikel ini dikongsi dari laman Mylaunchpad

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments