Anwar Ibrahim Disabitkan Kesalahan Liwat Oleh Mahkamah Rayuan

Anwar Ibrahim Disabitkan Kesalahan Liwat Oleh Mahkamah Rayuan. Kes Liwat Anwar Ibrahim Dan Saiful Bukhari. Keputusan Mahkamah Rayuan Kes Liwat 2

Anwar Ibrahim Disabitkan Kesalahan Liwat Oleh Mahkamah Rayuan | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan. Hari ini dapat satu berita yang sangat mengejutkan apabila Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan liwat oleh Mahkamah Rayuan (Court of Appeal). Ikuti laporan lanjut.

Anwar Ibrahim Disabitkan Kesalahan Liwat Oleh Mahkamah Rayuan

Dari Sinar Harian

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan di sini, terhadap tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela.

Korum yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi turut dianggotai Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan rayuan pihak pendakwa raya dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan itu.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10petang hingga jam 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dengan melantik Tan Sri Muhammad Shaefee Abdullah mengetuai pihak pendakwa raya.

Dari Malaysiakini

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanya mampu mengalirkan air mata apabila Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan melakukan liwat pada tahun 2008.

Turut kelihatan sebak dan mengalirkan air mata ialah anak perempuannya, termasuk MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang hadir ke mahkamah.

Keputusan mensabitkan Anwar, yang sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Tinggi Kuala Lumpur, dicapai sebulat suara oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

Semoga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga tabah menghadapi ujian dan dugaan dari Nya.

Gambar – Bernama

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments